Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Ini lima tanda anak stres yang boleh beri kesan negatif jika dibiarkan

Anak-anak 18 Feb 2021
Pilihan oleh Md Wa'iz
Ini lima tanda anak stres yang boleh beri kesan negatif jika dibiarkan
Ini lima tanda anak stres yang boleh beri kesan negatif jika dibiarkan © Airdone | Dreamstime.com

Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda tahu sekiranya anak anda sedang berada dalam keadaaan stres? Ini tanda anak stres yang anda mesti ambil tahu untuk kebaikannya.

Mengapa perlu ambil tahu mengenai tanda anak stres?

Kanak-kanak juga adalah seperti manusia dewasa yang lain. Mereka mempunyai perasaan dan kadangkala mengalami stres. Bagi orang dewasa, kita mungkin boleh mengawal atau menguruskan stres yang dialami.

Namun, bagi kanak-kanak yang belum cukup matang, mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami stres, apatah lagi untuk menguruskannya.

Jika ibu bapa mengabaikan tanda anak stres ini, anak berpotensi untuk mengembangkan gangguan mental apabila dewasa kelak.

Ini tanda anak stres yang ibu bapa mesti perhatikan

Terdapat beberapa tanda biasa yang berlaku sekiranya seorang kanak-kanak itu mengalami stres. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

1. Menjadi lebih agresif

Kebanyakan kanak-kanak yang sedang stres akan menyebabkan mereka mudah menjadi marah. Oleh itu, mereka akan mula menunjukkan beberapa tanda keagresifan yang berbeza daripada biasa.

Mereka mungkin akan kerap menjerit, memukul orang lain bahkan menggigit.

2. Mengalami mimpi buruk ketika tidur

Salah satu tanda anak stres yang mungkin berlaku ialah kekerapan anak anda mengalami mimpi buruk pada waktu malam. Ia mungkin boleh dilihat apabila mereka meracau sewaktu sedang tidur atau menangis selepas bangun tidur.

Perlu diketahui bahawa stres sememangnya boleh menyebabkan mimpi buruk apabila tidur walaupun terhadap orang dewasa.

3. Kencing malam

Kanak-kanak juga lebih mudah untuk terkencing pada waktu malam sekiranya mereka dalam keadaaan stres. Ini kerana, banyak perkara yang difikirkan dalam fikiran mereka sehingga mereka terlepas tanda untuk membuang air kecil.

Jangan sesekali memarahi mereka kerana mereka akan bertambah stres dengan kejadian tersebut. Nasihati mereka dengan baik adalah sudah mencukupi.

4. Mengelak daripada bersosial

Salah satu tanda anak stres yang juga kerap berlaku ialah pengelakan sosial. Kanak-kanak yang sedang mengalami stres cenderung untuk berdiam diri dan mengelak daripada bersosial dengan orang lain.

Tindakan mereka berdiam diri ini mungkin disebabkan beberapa faktor atau punca stres mereka.

5. Sukar memberikan perhatian

Mereka juga mungkin sukar untuk memberikan perhatian kepada apa yang anda katakan kepada mereka. Ini kerana mereka kerap memikirkan punca yang menyebabkan mereka menjadi stres.

Selain itu juga, mereka juga mungkin sering tidak menyiapkan tugasan rumah yang diberikan oleh guru. Anda boleh melihat penurunan prestasi mereka setiap kali keputusan ujian dikeluarkan oleh guru.

Cari punca stres anak anda

Perlu diketahui bahawa setiap kanak-kanak akan memberikan tindak balas yang berbeza terhadap stres yang berlaku. Mungkin ada yang menunjukkan sesuatu sikap, tetapi tidak bagi yang lain.

Oleh itu, jangan sesekali meletakkan anak anda pada kedudukan yang sama dengan anak orang lain. Uruskan anak anda mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.

Selain itu, selidikilah punca yang menyebabkan mereka menjadi stres. Banyak punca yang boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi stres termasuklah buli, tekanan akademik, masalah keluarga, bencana bahkan cerita-cerita seram yang ditonton.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana.