Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Ini perbezaan antara hadis Qudsi dan hadis Nabawi

Islam 26 Dis 2020
Md Wa'iz
Ini perbezaan antara hadis Qudsi dan hadis Nabawi
Ini perbezaan antara hadis Qudsi dan hadis Nabawi © Zamir Kadyzhev | Dreamstime.com

Sebenarnya, terdapat dua jenis hadis dalam Islam iaitu hadis Qudsi dan juga hadis Nabawi. Walaupun kedua-duanya adalah apa yang disabdakan atau diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara hadis Qudsi dan hadis Nabawi.

Ini beberapa perbezaan antara hadis Qudsi dan hadis Nabawi.

Perbezaaan dari segi istilah

Dari segi istilah, hadis Qudsi bermaksud hadis yang yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi hadis tersebut disandarkan kepada Allah Taala.

Dengan kata yang lebih mudah, lafaz hadis Qudsi adalah daripada Rasulullah, manakala maknanya adalah daripada Allah Taala. Rasulullah menjadi periwayat kepada apa yang Allah sampaikan kepadanya.

Hadis Nabawi pula adalah hadis yang mana lafaz dan maknanya adalah daripada Rasulullah sendiri. Secara istilahnya, ia bermaksud segala apa yang diriwayatkan oleh Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataaan, perbuatan, kelakukan, sifat fizikal malah keadaaan diam Rasulullah.

Perbezaan dari segi sumber

Hadis Qudsi

Sumbernya adalah daripada Allah Taala. Allah menyampaikannya kepada Rasulullah SAW melalui ilham atau mimpi. Kemudian, Rasulullah akan meriwayatkannya kembali melalui lafaz Baginda sendiri.

Hadis Nabawi

Sumbernya adalah daripada Rasulullah sendiri. Ia tidak dinisbahkan atau disandarkan kepada Allah, tidak kira sama ada lafaz atau makna hadis itu sendiri.

Perbezaan dari segi makna

Hadis Qudsi adalah sebahagian daripada firman Allah Taala walaupun ia diriwayatkan oleh Rasulullah SAW. Manakala, bagi hadis Nabawi pula, sebahagian daripadanya adalah wahyu manakala sebahagian lagi adalah ijtihad Rasulullah sendiri.

Jika wujud sebarang ijtihad Rasulullah SAW yang tidak tepat atau tersilap, ia akan diperbetulkan oleh wahyu daripada Allah Taala.

Perbezaan dari segi kandungan hadis

Dalam hadis Qudsi, ia lebih banyak menumpukan atau menceritakan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan zat serta sifat Allah Taala.

Manakala bagi kandungan hadis Nabawi, ia lebih banyak mengutarakan perkara berkenaan kehidupan manusia.

Hadis Qudsi bukan sebahagian daripada Al-Quran

Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan pencerahan atau maklumat baharu kepada semua pembaca mengenai hadis. Mungkin sebelum ini kita mengetahui bahawa hadis adalah daripada Rasulullah SAW.

Tetapi bagi hadis Qudsi, hanya lafaz sahaja yang diucapkan oleh Rasulullah SAW. Manakala maknanya adalah daripada Allah SWT sendiri.

Walaupun makna atau kandungan hadis Qudsi ini datangnya daripada Allah SWT, ia bukanlah sebahagian daripada Al-Quran dan ia tidak boleh dibaca ketika solat.