Inilah individu yang asaskan Algoritma: Al-Khawarizmi

Teknologi Md Wa'iz
Terkini oleh Md Wa'iz
Inilah individu yang asaskan Algoritma: Al-Khawarizmi
Inilah individu yang asaskan Algoritma: Al-Khawarizmi © Daniil Peshkov | Dreamstime.com

Individu yang bernama Al-Khawarizmi (Al-Khwārizmī) ini lebih dikenali sebagai bapa atau pencipta kepada kaedah Aljebra dalam bidang matematik. Tetapi, tidak ramai yang mengetahui bahawa kaedah Algoritma atau Algorithm dalam bidang sains komputer turut diasaskan oleh Al-Khawarizmi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Algoritma?

Sedikit mengenai Al-Khawarizmi

Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi. ‘Al-Khawarizmi’ bermaksud ‘anak kelahiran Khwarazm’ yang lokasinya sekarang di Uzbekistan. Beliau merupakan seorang ahli matematik dan juga ahli astronomi Islam pada abad ke-9.

Beliau sangat terkenal sebagai pengasas kepada kaedah pengiraan Aljebra dalam dunia matematik. Namun, dia juga sebenarnya adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep Algoritma dalam dunia matematik dan sains komputer.

Tidak hairanlah jika beliau turut digelar sebagai ‘Grandfather of computer science’.

Apakah maksud Algoritma?

Konsep Algoritma telah lama dibangunkan oleh Al-Khawarizmi. Malah, perkataan ‘Algoritma’ itu sendiri diambil daripada nama Al-Khawarizmi.

Algoritma adalah satu urutan arahan di mana tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah tertentu, melakukan tindakan tertentu, atau pengiraan.

Algoritma mempunyai pelbagai fungsi. Dalam bidang matematik sains komputer, ia dapat membantu untuk mengira fungsi dalam set data. Selain itu, ia juga digunakan dalam pengaturcaraan (programming) pemampatan fail dan penyulitan data (data encryption).

Algoritma diibaratkan seperti satu cara menunjukkan jalan

Cuba bayangkan, anda sedang berada di dalam sebuah pasaraya. Rakan anda ingin berjumpa dengan anda tetapi di berada di luar pasaraya.

Anda bertindak dengan memberikan sesuatu arahan atau cara kepadanya agar dia boleh berjumpa dengan anda dalam pasaraya tersebut. Anda mungkin akan menunjukkan arah dengan berkata seperti:

“Masuk ke pasaraya daripada pintu utama dan terus ke bahagian makanan sejuk beku. Kemudian, pusing ke kanan dan terus ke bahagian makanan dalam tin. Anda akan menjumpai saya di hujung rak yang meletakkan tin-tin sardin.”

Arahan yang diberikan oleh anda itu, itulah gambaran bagi Algoritma. Ia seolah-olah memandu arah untuk seseorang itu mendapatkan hasil atau keputusan bagi sesuatu masalah tersebut.

Algoritma banyak digunakan dalam media sosial berdasarkan aktiviti anda

Anda mencari iklan yang menjual periuk nasi dengan harga yang murah di aplikasi Shopee. Anda juga ada mencarinya di aplikasi Facebook atau mana-mana aplikasi lain. Selepas daripada itu, anda membuka Facebook untuk melihat perkembangan isu semasa.

Pernahkah ketika anda ‘scroll down’ akaun Facebook anda ke bawah, anda akan ternampak beberapa iklan lain yang memaparkan periuk nasi? Anda rasakan seperti Facebook mengetahui niat anda untuk mencari periuk nasi. Bagaimana hal ini terjadi? Disinilah peranan Algoritma itu muncul.

Facebook menunjukkan satu perkara atau beberapa perkara berkaitan berdasarkan aktiviti lepas yang telah anda lakukan di telefon anda. Tidak terhad kepada telefon sahaja, ia wujud di mana-mana peranti yang telah anda gunakan.

Kesemuanya adalah berdasarkan platform Algoritma Facebook itu sendiri. Oleh itu, jangan lagi pelik jika selepas ini Facebook atau mana-mana aplikasi lain akan memaparkan beberapa iklan periuk nasi untuk anda lagi. Kerana begitulah Algoritma bertindak dalam media sosial.

Inilah jasa Al-Khawarizmi dalam dunia moden

Walaupun pada zamannya tidak wujud sebarang teknologi moden seperti yang kita nikmati sekarang, namun kita tidak dapat menafikan sumbangannya terhadap kehidupan kita kini.

Pengggunaan Algoritma ini telah diaplikasikan secara meluas dalam tekonologi dunia moden seperti yang dapat kita lihat sekarang. Kesemuanya disebabkan jasa Al-Khawarizmi.