Inovasi Baharu Lenovo

Suka Nor Syariza Tahir 24-Mei-2019

Perkembangan dalam teknologi maklumat berlaku dengan pesat pada masa kini, sehinggakan boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja teknologi baharu yang dibangunkan di seluruh dunia.

Ini mendorong syarikat-syarikat gergasi teknologi untuk berlumba-lumba mengeluarkan produk-produk terbaharu dengan teknologi dan inovasi paling canggih serta terkini, bagi memastikan mereka sentiasa menerajui pasaran.

Tidak terkecuali adalah Lenovo, yang baru-baru ini memperkenalkan beberapa rangkaian produk inovasi terbaharunya yang mempunyai pelbagai fungsi canggih dan sesuai untuk pelbagai segmen pengguna.

Diperkenalkan pada acara persidangan Lenovo Accelerate 2019 di Orlando baru-baru ini, berikut merupakan antara produk inovasi terbaharu bagi jenama gergasi global itu.

 

ThinkBook

 

Lenovo melancarkan sebuah jenama miliknya khusus buat perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang dinamakan ThinkBook.

Ia bermula dengan barisan baharu laptop ultra-slim Windows 10 yang memberi penekanan kepada ciri mudah alih dan peranti yang mudah digunakan oleh pengguna moden, yang pastinya dapat membantu dalam perkembangan sesebuah syarikat.

Ia dapat menarik minat golongan eksekutif muda dan celik teknologi yang menginginkan sebuah peranti yang hebat tanpa melibatkan kos tinggi.

Sesuai untuk apa jua jenis perniagaan, Lenovo ThinkBook 13s dan 14s digabungkan dengan stail moden dan elemen-elemen rekaan berorientasikan pengguna.

 

Laptop ThinkBook memberikan pengalaman premium, boleh dilipat sehingga 180°, dengan berat hanya 1.5kg (ThinkBook 14s) dan 1.34kg (ThinkBook 13s).

Kedua-dua peranti itu dijangka mula dijual di rantau Amerika Utara pada penghujung Mei ini.

Maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh didapati di www.lenovo.com/accelerate.

Komputer Boleh Dilipat Yang Pertama

Diperbuat untuk golongan profesional celik teknologi dan pantas bergerak yang mahukan peralatan  terbaik, komputer boleh dilipat ini adalah dalam keluarga ThinkPad X1 yang menjanjikan ciri mudah alih tanpa kompromi dari segi produktiviti dan kredibiliti.

Jika sebelum ini, skrin bersaiz 13.3 inci pada sesebuah laptop memerlukan peranti tersebut untuk kekal pada saiz yang sama, namun kini tidak lagi.

Ini kerana komputer dengan paparan OLED 2K yang diperbuat dengan kerjasama LG Display ini boleh dilipat sebahagiannya, dan mengurangkan kelebarannya sebanyak 50%.

 

ThinkPad yang menjimatkan ruang ini menggabungkan produktiviti laptop dengan kebolehalihan telefon pintar yang boleh menjadikan gaya hidup anda lebih mudah.

Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di www.lenovo.com/accelerate.

 

Foto: Lenovo

 

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Perkembangan dalam teknologi maklumat berlaku dengan pesat pada masa kini, sehinggakan boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja teknologi baharu yang dibangunkan di seluruh dunia. Ini mendorong syarikat-syarikat gergasi teknologi untuk berlumba-lumba mengeluarkan produk-produk terbaharu dengan teknologi dan inovasi paling canggih serta terkini, bagi memastikan mereka sentiasa menerajui pasaran.