‘Instafamous’ Abeden Anjur Bengkel ‘Mobilegraphy’

Satu bengkel tentang ‘mobilgraphy’ atau fotografi telefon pintar akan dianjurkan pada 14 Julai ini untuk mereka yang cintakan fotografi menggunakan alat peranti ini.

Bengkel  ini telah dianjurkan oleh jurufoto telefon pintar yang terkenal di media sosial iaitu Abeden. Abeden sebelum ini pernah tular kerana telah merakam gambar pekerja asing yang hasilnya sangat mengagumkan.

Selain mempunyai lebih dari 80 ribu pengikut di Instagram, Abeden juga menjaga satu lagi akaun khas untuk ‘mobilegraphy’ iaitu @mobilegraphy_xv yang mempunyai lebih daripada 9 ribu pengikut.

Platform Instagram @mobilegraphy_xv digunakan untuk berkongsi foto-foto yang dirakam oleh pencinta fotografi telefon pintar ini yang disertakan tanda pagar #mobilegraphy_xv.

Pada hari bengkel itu nanti, peserta akan menghadiri kelas teori selama tiga jam, dan selebihnya adalah sesi praktikal. Untuk menyertai bengkel itu nanti, sebarang jenis telefon pintar boleh digunakan.

Siapa sangka teknologi telefon pintar sekarang yang semakin canggih sudah mampu menghasilkan gambar yang sangat berkualiti tinggi sama seperti gambar yang diambil menggunakan kamera digital.

Semoga semakin ramai yang berminat dengan seni fotografi ini dan dapat menghasilkan karya-karya yang mengagumkan dan mungkin akan menjadi perhatian sehingga ke peringkat dunia.

 

Sumber : Instagram tkvdnxv