Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) lahirkan 200 Juruaudit Syariah

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) berhasrat untuk menghasilkan 200 Juruaudit Syariah setiap tahun. Ini dicapai menerusi program Juruaudit Syariah Diperakui Profesional (CPSA) atas permintaan tinggi daripada institusi-institusi kewangan Islam (IFI).

IFI Malaysia meliputi 16 bank Islam, 15 pengendali takaful dan 22 syarikat pengurusan dana Islam. Perkara ini sejajar dengan Dasar Tadbir Urus Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) 2019 yang memerlukan IFI melaksanakan proses jaminan dalaman ke arah pematuhan Syariah.

Program CPSA bertujuan melahirkan Juruaudit Syariah dengan pengetahuan perakaunan, audit, risiko dan tadbir urus Syariah bersepadu. Ianya mengandungi enam modul dan dianjurkan oleh IBFIM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).