Irama Nostalgia ‘Raiders of the Lost Ark’ Bakal Bergema Di Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bakal bertukar wajah menjadi bagaikan sebuah pawagam yang besar apabila The Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) akan mempersembahkan sebuah muzik iringan live bagi filem blockbuster nostalgia, Raiders of the Lost Ark pada hari Sabtu, 21 September dan Ahad, 22 September ini.

Sebelum ini, MPO pernah mempersembahkan lagu runut bunyi secara live bagi tayangan filem-filem seperti Psycho, Home Alone, Casablanca, Ola Bola, Ratatouille and Charlie Chaplin’s Modern Times dan The Gold Rush.

Persembahan muzik iringan bagi karya hasil dicipta oleh John Williams itu akan dipersembahkan secara live oleh orkestra simfoni secara menyeluruh yang diterajui oleh Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga.

Williams sebelum ini pernah menghasilkan muzik bagi lebih 100 filem termasuk kesemua lapan filem Star Wars, tiga filem pertama Harry Potter, Jaws, E.T., Saving Private Ryan, Hook, Home Alone dan Jurassic Park.

Raiders of the Lost merupakan sebuah filem aksi dari Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tahun 1981 serta diarahkan oleh pengarah terkemuka, Steven Spielberg.

Ia membariskan Harrison Ford sebagai ahli arkeologi, Indiana Jones yang berhadapan dengan sekumpulan tentera Nazi yang memburu Ark of the Covenant.

Filem tersebut bukan sahaja menerima sambutan yang luar biasa pada tahun tersebut, malahan turut dicalonkan untuk lapan pencalonan dalam Academy Awards pada tahun 1982 sehingga melayakkannya menerima anugerah Best Art Direction, Film Editing, Sound, Visual Effects dan Special Achievement Award for Sound Effects Editing.

Berikut merupakan maklumat mengenai persembahan tersebut:

Tarikh

21 September 2019, Sabtu, 8.30PM

22 September, Ahad, 3.00PM

Tempat

Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembas Petronas, KLCC

Orkesta/ Konduktor

Malaysian Philharmonic Orchestra

Gerard Salonga (Konduktor)

Harga Tiket

Premium: RM226, A Reserve: RM179, B Reserve: RM150, C Reserve: RM113

Tempahan Melalaui Telefon:c03-23317007

Tempahan Melelui Email: [email protected]

Laman web MPO: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh didapati di http://mpo.com.my/37-raiders-of-the-lost-ark-in-concert/.

Foto: DFP/MPO