Islam di Afrika, benua Muslim

Afrika 20 Mac 2021 Zalika Adam
Pilihan oleh Zalika Adam
Islam di Afrika, benua Muslim
Islam di Afrika, benua Muslim (foto: Masjid Jumma di Maputo, Mozambique) © beautifulmosque.com

Islam di Afrika tidak dilahirkan pada hari ini. Afrika adalah benua yang merupakan benua tertua di dunia dan Islam berakar di awal sejarah. Sebuah benua kuno, kaya dengan sumber yang disukai Allah SWT.

Ramai manusia mungkin tidak mengetahui bahawa Afrika disebut sebagai benua Muslim kerana kebanyakan penduduknya menganut agama Islam. Benua ini juga menyaksikan kemunculan Islam sebelum wilayah di Semenanjung Arab berkembang.

Peristiwa ini merupakan sumber Islam dan disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam artikal ini kita akan belajar mengenai Afrika, benua Muslim.

Bagaimana kisahnya bermula

Islam memasuki Afrika sebelum memasuki Madinah, kerana Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan para sahabat Baginda untuk berhijrah ke Habshah, melepaskan agama mereka dari penganiayaan orang Quraisy.

Rasulullah SAW memilih Habshah kerana rajanya bernama Ashhamah bin Abjar (Najashi) merupakan seorang raja yang adil dan tidak menzalimi seseorang. Perkara ini berlaku pada tahun kelima, tujuh tahun sebelum Perjanjian Aqabah yang pertama. Keadaan ini menyaksikan bahawa Islam masuk ke Madinah secara rasmi.

Manakala Islam masuk ke bumi Habshah telah memberikan kesan yang besar terhadap pengenalan Islam di Afrika. Maka, secara semulajadinya, penduduk negara tersebut memasuki Islam. Bahkan, Raja Najashi masuk Islam selepas itu. Tatkala mengetahui kemangkatan Najashi, Baginda SAW menyembahyangkan jenazah secara ghaib.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a, Islam memasuki Afrika melalui Mesir, Afrika Utara dan Sudan. Setelah itu, penaklukan selesai semasa pemerintahan Othman bin Affan r.a dan Khalifah Umayyah yang menguasai Afrika Utara dan Barat Jauh.

Inilah salah satu sebab penaklukan Andalusia oleh umat Islam, dalam tempoh lapan abad.

Penyebaran Islam di Afrika

Semasa Islam mula tersebar di Utara dan Tengah Afrika, banyak suku memeluk agama Islam kerana suka kepada ajaran dan moralnya. Rombongan perdagangan pula memainkan peranan utama dalam menyebarkan Islam di negara-negara Afrika. Daerah-daerah tersebut termasuk kerajaan Kan’em dan kerajaan yang didirikan Musa bin Baiq, sekarang dikenali sebagai Mozambique.

Ketika Almoravid menguasai Maghrib pada abad kelima Hijrah, satu kelompok dari mereka menuju ke utara, mengakhiri pemberontakan beberapa suku dan menuju ke Andalusia. Mereka mempunyai peranan besar dalam Pertempuran Zallaqa.

Manakala pasukan lain menuju ke Afrika Barat dan menakluki negara-negara besar di wilayah-wilayah tersebut, termasuk Senegal, Guinea, Gambia, Sierra Leone, Liberia, Pantai Gading (Ivory Coast), Ghana, Togo, Cameroon, Benin, Gabon dan Mali. Sehingga mereka sampai di pedalaman Nigeria, menembusi Afrika tengah.

Ini merupakan permulaan masuknya Islam ke bulatan Khatulistiwa. Islam juga sudah memasuki pertengahan benua Afrika. Puak-puak yang tinggal di hutan dan terasing sepenuhnya dari dunia luar, mereka mungkin tidak pernah mendengar tentang anutan Islam.

Perkara di atas mengesahkan bahawa Islam di Afrika sudah tersebar luas dan ramai yang memeluk Islam. Setelah penyebaran Islam secara besar-besaran, jelas menunjukkan bilangan umat Islam melebihi 85% daripada jumlah populasi benua Afrika.

Islam berkurangan selepas penyebaran

Jumlah umat Islam di Afrika menurun selepas itu, disebabkan penjajahan Barat. Penjajahan Eropah berusaha untuk menghilangkan agama Islam dan budaya yang berlaku di kalangan penduduk Afrika.

Mereka mengambil peluang ke atas keperluan penduduk iaitu makanan, minuman dan ubat-ubatan yang digunakan. Penjajah Eropah menghalang penduduk mengambil keperluan tersebut sehinggalah mereka meninggalkan agama Islam dan menganut agama Kristian.

Walaupun beberapa kempen sengit diadakan yang diketuai oleh penjajah Barat bagi menentang Islam di Afrika, namun ia menyaksikan penyebaran yang besar dalam tempoh terakhir. Kerana jumlah umat Islam di Afrika melebihi 55% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Sekiranya ini adalah statistik rasmi, dipercayai bahawa jumlah umat Islam mungkin lebih banyak daripada itu. Ia melihat kepada pertumbuhan Islam yang luar biasa di benua Afrika kuno.

(diterjemahkan daripada sebuah artikel di SalamWebToday bahasa Arab)