Pendapat 15-Apr-2020

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman

Muhammad Nassar
Nor Fadhil
Kolumnis Penyumbang
© Marcos Calvo Mesa | Dreamstime.com

Bila Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menulis dalam satu artikel  pada tahun 2018 membandingkan wanita Islam yang memakai Burqa dengan perompak bank, seorang MP Parti Konservatif mempertahankan Johnson di Sky News. Beliau mendakwa kata-kata Johnson tidak berbau perkauman kerana “Islam bukan satu bangsa, ia adalah satu agama.” Ini adalah hujah popular bila Islamophobia dan perkauman dibincangkan. Memang benar Islam mempunyai pengikut dari pelbagai latar belakang, namun cara pemikiran ini menggambarkan kefahaman yang sempit dan kolot dalam memahami isu kaum dan perkauman.

Penting untuk diakui bahawa Islam bukanlah satu kaum, begitu juga dengan ”bangsa-bangsa” yang lain. Pandangan bahawa perbezaan biologikal antara kaum-kaum yang berbeza telah ditepis oleh ahli-ahli sains kemasyarakatan. Bangsa semakin dipandang sebagai sesuatu yang terjadi kepada kita, walau hakikatnya ia adalah sesuatu yang asas kepada diri kita, dan sesuatu yang kita warisi. Satu kumpulan boleh bertukar menjadi satu kaum bila ada golongan percaya mereka mempunyai ciri-ciri yang sama berdasarkan sifat fizikal dan budaya mereka.

Kajian Leon Moosavi mengenai hak keistimewaan orang kulit putih dalam tahun 2015 menunjukkan proses pertukaran  ini. Beliau menunjukkan bagaimana penanda kaum yang dikaitkan dengan sifat “keislaman” bertukar menjadi label bagi orang kulit putih yang memeluk agama Islam. Sasaran kajian ini adalah mereka yang berkulit putih, nama Islam mereka, hijab atau apa jua simbol keislaman mereka yang menyumbang kepada “pertukaran bangsa” mereka. Seringkali kesetiaan mereka dipersoal. Moosavi menamakan ini “re-racialisation” di mana penganut baru Islam akan hilang identiti kaum kulit putih mereka. Penganut baru Islam boleh disifatkan putih hari ini, dan “lain” keesokan harinya. Jelasnya, kajian ini menunjukkan  konsep bangsa atau kaum adalah sesuatu yang tidak tetap. Ia direka, bergantung kepada konteks dan tidak mempunyai hubungan kepada diri seseorang.

Dalam perspektif ini, Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman, dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik.  Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Perlu ditekankan, proses menjadikan Islam satu kaum semakin meningkatkan Islamophobia dan kini menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat Barat. Menurut akhbar The Independent, sebanyak 18% penduduk awam Britain mempunyai “prasangka yang negatif terhadap Muslim.” Bila kita akur bahawa Islamophobia itu isu perkauman, kita membuka peluang yang lebih besar untuk menangani masalah ini, dan sekaligus memahami pengalaman bukan Islam yang juga mengalami Islamophobia seperti penganut Kristian berbangsa Arab atau masyarakat Sikh. Dengan fahaman yang betul mengenai Islamophobia dan cara ia disebarkan, barulah kita dapat membersihkan diri dari racun buatan Barat ini.

Artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 15-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan sektor pelancongan kembali dibuka, saya dan isteri terus merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak. Sebenarnya sebelum itu ingin merancang bercuti di Kuala Terengganu, tetapi memikirkan jarak yang agak jauh dari tempat tinggal serta perlu mengambil cuti yang panjang, akhirnya Pulau Pangkor menjadi pilihan.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Jun-2020
Muhammad Nassar
Luqman Hakim
Kolumnis Penyumbang

Sewaktu disahkan oleh doktor saya mengalami masalah kemurungan, saya terus mendapatkan bantuan pakar. Sesi terapi setiap dua minggu dan bantuan perubatan yang disarankan telah saya ikuti. Hampir setahun lamanya juga masa yang diambil sebelum saya dapat menguruskan kehidupan sendiri.

Teruskan Teruskan