Isu Jawi: Tun Mahathir Mohamad beri amaran ketidakstabilan mungkin tercetus

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Perdana Menteri menegaskan ketidakstabilan akan tercetus sekiranya Dong Zong dan Jiao Zong terus menyentuh sensitiviti kaum Melayu. Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sewenang-wenangnya.

Kenyataan dibuat selepas kumpulan pendidikan Cina berkenaan menggesa pertubuhan-pertubuhan Cina lain menghadiri perhimpunan mereka. Perhimpunan bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap penulisan Jawi di sekolah vernakular.

Perkara sama jika berlaku di negara lain pasti mengakibatkan pihak berwajib bertindak dengan menggunakan gas pemedih mata. Perhimpunan tersebut juga akan menerima reaksi balas daripada kaum Melayu yang akan menuntut sekolah Cina ditutup. Adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dan semangat toleransi di Malaysia yang memiliki rakyat pelbagai kaum, tegas beliau.