Isu Kuala Terla: Peneroka perlu guna saluran betul

Uncategorized MAS 24-Dis-2019

Pertikaian berhubung tanah di Kuala Terla, Cameron Highlands mampu diselesaikan sekiranya peneroka menggunakan saluran yang betul. Menurut Noor Hariri Mohamed Noor, kenyataan dalam media berhubung kemelut itu menimbulkan kekeliruan dan persepsi buruk. Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu juga mendakwa laporan media yang menyalahkan Menteri Besar sebagai berat sebelah.

Semalam, pegawai khas (wakil India) Menteri Besar Pahang, meletak jawatan akibat kecewa dengan keputusan kerajaan negeri. 11 ahli majlis daripada Malaysian Indian Congress (MIC) juga menarik diri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini berikutan pengusiran 60 pekebun dan isu tanah pendudukan sementara (TOL) di Kuala Terla.

Operasi Lestari melibatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan haram di kawasan tadahan air Sungai Inchat. Operasi di Kuala Terla itu bermula sejak minggu lalu. Loji air Kuala Terla merupakan loji air terpenting dan menyalurkan lebih 70% keperluan air bersih Cameron Highlands.

Menurut Noor Hariri, pihaknya menyeru agar rakan-rakan MIC untuk menenangkan peneroka haram terbabit. Mereka juga perlu mengelak daripada termakan hasutan Parti Tindakan Rakyat (DAP) serta aktivis-aktivis goblok. Perundingan masih merupakan cara terbaik merungkai permasalahan tersebut. Justeru, jika ianya tidak ditangani dengan baik, ia akan digunakan sebagai modal politik DAP. Ini bertujuan untuk mengeruhkan hubungan baik UMNO dan MIC.

Dalam perkembangan sama, ADUN DAP, P Ramasamy pula mempertahankan dakwaannya terhadap MIC. Tuduhan tersebut menuduh MIC memujuk pekebun untuk menarik semula injunksi interim yang diperoleh terhadap kerajaan negeri.

Mengulas dakwaan tersebut, Noor Hariri menegaskan janji-janji manis kepada pekebun terlibat tidak dilakukan kerajaan Pahang. Sebaliknya pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan DAP yang berbuat demikian. Janji-janji manis berkenaan dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Cameron Highland, Januari lepas. Ianya dibuat untuk meraih undi kesemua peneroka haram terbabit, dan taktik itu terbukti berjaya.

Pihak kerajaan negeri pula tidak membuat janji-janji berbentuk retorik. Ini berikutan prinsip dipegang Menteri Besar yang melihat isu secara keseluruhan dan mengutamakan keselamatan rakyat setempat.