Isu murtad, masalah dan puncanya

Islam 15 Dis 2020 Abi Aasim
Pendapat oleh Abi Aasim
Isu murtad, masalah dan puncanya
Isu murtad, masalah dan puncanya © - Dreamstime.com

Isu murtad: masalah dan puncanya – murtad merupakan satu permasalahan yang semakin serius pada masa kini. Golongan murtad ini telah wujud semasa zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan seterusnya menjadi semakin berleluasa setelah kewafatan Baginda.

Sedikit pengenalan mengenai murtad

Menurut istilah undang-undang Islam, murtad ialah beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Perkataan murtad merupakan isim fa’il kepada pelaku murtad.

Murtad boleh berlaku melalui empat perkara berikut:

  • Menolak hukum yang sedia maklum: contohnya menolak kewajipan zakat, puasa, haji, pengharaman arak dan menolak Al-Quran
  • Meniru perbuatan orang bukan Islam: contohnya sujud kepada berhala atau melakukan ibdah seperti orang kafir
  • Iktidad Kufur: ingkar dengan kewujudan Allah SWT, malaikat, kitab-kitab, rasul, hari kiamat serta qada dan qadar
  • Ucapan bercanggah dengan Islam: mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam sama ada yang diucapkam itu lahir dari keyakinan, keingkaran ataupun niat mempersenda. Contohnya mengutuk agama seperti ‘Islam tidak sesuai dengan zaman moden’ atau ‘mewajibkan perempuan berhijab adalah kolot’.

Isu murtad ini adalah suatu perkara yang perlu diambil serius dan tidak boleh dipandang ringan. Didikan agama dalam diri perlu diperkuatkan agar asas agama dalam setiap Muslim diperkukuhkan.

Isu murtad, masalah dan puncanya

Antara punca-punca murtad boleh terjadi ialah:

  • Pengaruh rakan sebaya
  • Atas dasar cinta berlainan agama
  • Tipisnya keimanan yang ada dalam diri
  • Kejahilan dan kedangkalan ilmu agama Islam
  • Kesempitan hidup disebabkan tekanan ekonomi dan kedaifan taraf hidup
  • Fahaman liberal yang memperjuangkan konsep kebebasan tanpa mengira hukum agama
  • Golongan mualaf yang baru berjinak-jinak dengan Islam tetapi kebajikannya diabaikan. Akhirnya dipengaruhi oleh golongan lain untuk kembali ke agama asal
  • Media massa dan juga media sosial serta capain internet yang tiada had mendedahkan orang ramai dengan perkara=perkara yang boleh memesongkan akidah sehingga menjadi murtad

Fenomena murtad ini jika dibiarkan berlarutan, dikhuatiri akan rosak binasalah masyarakat Islam negara ini. Akibat lemahnya penghayatan terhadap Islam, akhirnya akan lahirlah ramai golongan murtad.

Selain ibu bapa, individu dan juga jabatan agama, pihak berkuasa dan pentadbir harus memainkan peranan. Tahap ekonomi masyarakat terutamanya Islam harus ditingkatkan agar tiada rakyat yang mengalami kesempitan hidup hingga akhirnya ada yang menjadi murtad.

Sebagai Muslim, ianya merupakan tanggungjawab kita bersama memastikan akidah saudara Muslim kita terpelihara. Sama-samalah kita berusaha membanteras gejala ini dari terus berleluasa.