Isu perkauman, agama membebankan PDRM – KPN

Agama Adea Ghafar 27-Dis-2019
© Phaechin - Dreamstime.com

GEORGE TOWN, 27 Dis (Bernama) — Isu-isu perkauman dan agama yang berlaku kebelakangan ini sebetulnya telah membebankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan isu-isu di luar jangkaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Fokus PDRM sebenarnya adalah kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik, adil dan telus kepada rakyat, bukannya menangani isu-isu sebegini yang sebenarnya mendukacitakan dan tidak sepatutnya timbul selepas 62 tahun Malaysia merdeka.

Menyentuh tentang tindakan polis memohon perintah mahkamah bagi melarang penganjuran persidangan membantah tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular, ia dilakukan atas faktor keselamatan kerana jika berlaku kekacauan perkauman, ia hanya akan merugikan semua pihak.