Isu royalti petroleum: Kerajaan Persekutuan enggan bayar 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak

Uncategorized MAS 26-Dis-2019

Punca sebenar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak membayar royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak adalah keengganan Putrajaya. Ini disebabkan kerajaan mahu mengekalkan status quo atas hasil yang diterima, menurut Suarah Petroleum Group (SPG).

Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menaikkan royalti dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Sarawak telah memohon supaya Putrajaya memenuhi janji pilihan raya untuk memberi royalti sebanyak 20% kepada kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan dan Petronas menegaskan bahawa tuntutan tersebut adalah mustahil dan mengurangkan keupayaan Petronas untuk beroperasi.

SPG berhujah atas anggaran bahawa kerajaan menerima 92% daripada pendapatan minyak dan gas di Malaysia. Meskipun kerajaan telah memiliki Petronas, ia juga menerima 5% royalti minyak sama seperti negeri-negeri pengeluar. Selain itu, kerajaan juga menerima cukai pendapatan petroleum daripada Petronas dan kontraktor perkongsian pengeluaran (PSC) lain. Kerajaan turut mendapat dividen hasil daripada keuntungan Petronas.

SPG turut mendakwa Petronas sebagai “pengendali berkos tinggi” disebabkan tindakan kerajaan yang menuntut dividen daripada Petronas. Kecenderungan ini berterusan dengan Petronas membayar dividen khas sebanyak RM30 bilion tahun lalu. Tuntutan Kerajaan Persekutuan ini telah melemahkan kedudukan kewangan Petronas.

SGP turut menyelar kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Dzulkiflee Wan Ariffin Wan Zulkiflee. Kenyataan tersebut menyatakan negeri-negeri pengeluar minyak mendapat 5% royalti tanpa sebarang risiko. Ini kerana negeri-negeri terbabit tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan dan operasi aset hidrokarbon berkenaan.

SPG turut menyangkal dakwaan bahawa Petronas hanya menghasilkan margin keuntungan purata sebanyak 3.7% daripada pengeluaran minyak tempatan. Menurut SPG anggaran berkenaan hanya wajar untuk operasi laut dalam. Kebanyakan operasi Petronas di Malaysia masih dalam perairan air cetek.

SPG percaya bahawa adalah wajar bagi Sarawak untuk mengambil alih semula sumber dan aset petroleum Sarawak daripada Petronas. SPG yakin bahawa warga Sarawak mampu melakukan lebih baik dalam menguruskan sendiri sumber petroleum Sarawak.