ITBM tangguh penamatan khidmat 24 orang kakitangan

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) mengumumkan penangguhan penamatan perkhidmatan 24 orang kakitangannya, susulan daripada arahan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Bagi memastikan ITBM terus beroperasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan perancangan pemulihan melalui projek penerbitan buku teks secara rundingan terus serta perbincangan dengan ahli lembaga pengarah ITBM untuk merangka perancangan jangka pendek dan panjang, termasuk memulih kedudukan kewangan ITBM.

Menurut Dr. Maszlee, peruntukan sejumlah RM2 juta akan diagihkan untuk membeli buku bacaan tambahan kepada sekolah-sekolah, dan melalui kerjasama KPM dan Kementerian Kewangan, peruntukan sebanyak RM5 juta akan disalurkan terus kepada ITBM.