Izzah tekad pamerkan aksi terbaik di Kejohanan Asia 2020

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Gimnas negara Izzah Amzan, berusia 19 berkata beliau tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik untuk Kejohanan Asia yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada Mei depan.

Izzah meraih dua pingat emas dalam acara reben dan bola serta pingat perak dalam acara gelung Sukan SEA 2019 di Filipina.

Katanya selain Kejohanan Asia, beliau dan pasukannya akan turut mengambil bahagian dalam siri Piala Dunia yang akan membuka tirai pada April depan.

Izzah dan rakan-rakannya menjadikan ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann sebagai idola dan penanda aras walaupun berbeza jenis sukan.