Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) rampas 23 kilogram daging babi sejuk beku

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

Maqis Pulau Pinang menahan seorang penumpang Korea Selatan akibat membawa masuk 23 kilogram daging babi sejuk beku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pemeriksaan mendapati ianya dibawa tanpa permit sah. Rampasan bernilai kira-kira RM862.50.

Larangan pengimportan daging babi dikeluarkan untuk menghalang risiko kemasukan penyakit Deman Babi Afrika (ASF) ke Malaysia dan menjejaskan industri penternakan.

Selain larangan pengimportan secara pukal, penumpang juga dilarang membawa masuk daging berkenaan menerusi laluan udara bagi menghalang risiko penularan virus ASF. Antara produk berisiko untuk tular adalah babi hidup, daging babi segar dan sejuk beku serta daging babi proses.