Jaga Kesihatan, Sertai Larian

Acara larian kini telah menjadi satu trend yang diminati oleh orang ramai tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.

Selain mengeratkan hubungan sesama peserta, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, tidak hairanlah semakin banyak organisasi menganjurkan pelbagai acara larian sebagai salah satu cara untuk mendekati masyarakat setempat selain turut menjadi kaedah penjenamaan yang berkesan.

#KamiCaring Run 2019

Antara organisasi yang bijak mengambil peluang tersebut adalah syarikat farmasi terkemuka,  CARiNG Pharmacy, menerusi penganjuran acara larian #KamiCaring Run 2019.

Sebagai sebuah syarikat farmasi yang berdedikasi dalam mempromosikan penyelesaian kesihatan dengan kos efektif kepada masyarakat, CARiNG Pharmacy percaya bahawa setiap orang harus memulakan langkah ke arah kehidupan yang sihat tanpa mengira batas umur atau bentuk fizikal tubuh.

Ini kerana gaya hidup yang sihat akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kesihatan pada masa hadapan.

Bakal diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, acara itu adalah sebagai usaha untuk mempromosikan slogan ‘Hidup Sihat. Hidup Gembira’.

Merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run, #KamiCaring Run 2019 akan bermula pada pukul 6:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Kategori 5KM Fun Run adalah terbuka untuk dewasa 13 tahun ke atas, dan kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun.

Manakala 12KM Competitive Run pula terbuka untuk dewasa 15 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dibuat secara online di http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal akan diberikan diskaun sebanyak RM5.

Yuran pendaftaran adalah RM60 untuk 12KM Competitive Run, RM50 untuk 5KM Fun Run (dewasa 13 tahun & ke atas) dan RM30 untuk 5KM Fun Run (kanak-kanak 3 – 12 tahun).

Hadiah-hadiah berupa wang tunai beserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang kategori 12KM Competitive Run.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 9 Oktober 2019.

 

Orchid Run & Ride

Sebuah lagi syarikat gergasi nasional yang tidak ketinggalan mengajak orang ramai untuk menyertai acara larian adalah Petronas, menerusi acara Orchid Run & Ride.

Acara larian yang kembali buat tahun kelima pada tahun ini mengetengahkan tema ‘Taking Steps to Energise Lives’.

Dianjurkan oleh Persatuan Isteri-Isteri dan Wanita Kakitangan Petronas (Petronita), acara tersebut sedikit unik kerana ia bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada pertubuhan amal dan kebajikan.

Ia juga bermatlamat untuk menambahbaik kehidupan golongan kurang bernasib baik selain mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Bakal diadakan pada hari Ahad, 6 Oktober 2019 bertempat di Persiaran KLCC, Orchid Run & Ride dijangka menarik penyertaan daripada lebih 7,000 peserta.

Terdapat beberapa kategori yang diketengahkan iaitu:

Kategori A – Larian 12km: Lelaki dan wanita terbuka (umur 16 tahun ke atas)

Kategori B – 5km Fun Run (umur 7 tahun ke atas)

Kategori C – 8km Fun Ride (12 tahun ke atas)

 

Pada penganjuran tahun lepas, dana bernilai RM400,000 telah berjaya dikumpul dan disumbangkan kepada beberapa pertubuhan amal.

Pada tahun ini, Petronita berharap untuk menyumbangkan nilai yang sama kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Pusat Pembangunan dan Pemulihan Wanita Dan Kanak-Kanak  Hospital Kuala Lumpur serta Tabung PPUMCare yang diasaskan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.racexasia.com/event/orchid-run-ride-2019/

 

Foto: IDEAID Agency, laman web #KamiCaring Run 2019 & Orchid Run & Ride, Facebook Orchid Run & Ride 2018