Jamu Selera Di “Mekdi” Bukit Bintang

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya oleh kebanyakan rakyat Malaysia – Mekdi.

Sehubungan itu, papan tanda McDonald’s Bukit Bintang, yang merupakan lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982 turut ditukar kepada “Mekdi” – slanga tempatan bagi singkatan perkataan McD.

“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama ini,” jelas Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Bagi menyambut Bulan Kebangsaan ini juga, McDonald’s Malaysia meraikan segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas.

Pelanggan juga boleh menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau bagi meningkatkan selera mereka.

Selain itu, menyedari populariti nasi lemak dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

Dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September), orang ramai dijemput untuk turut serta dalam petisyen tersebut.

McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald’s Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.

Berikut merupakan antara elemen perniagaan McDonald’s Malaysia yang menggunapakai ciri tempatan.

 

1. Pilihan menu bercitarasa tempatan

Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan seperti menu terbaharu, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan ayam goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald’s di seluruh negara pada masa ini.

2. Penggunaan bahan-bahan tempatan

80 peratus daripada bahan-bahan McDonald’s Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran dan sos, termasuk sos cili kegemaran rakyat Malaysia dihasilkan atau diperolehi dari dalam negara.

 3. Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia

McDonald’s Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

4. Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia

McDonald’s Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatannya ialah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

5. Aktiviti akar umbi setempat

Restoran McDonald’s di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald’s Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

6. Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald’s Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald’s adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

 

“Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald’s Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia.

“Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami,” ujar Melati.

Foto: Lumos Hill+Knowlton Strategies