Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Jangan Bersedih! Allah Itu Ada

Sahsiah Nor Syariza Tahir 15-Okt-2019

Setiap daripada kita pasti pernah merasai waktu-waktu sedih, luluhya hati, sayu dan pilu sehinggakan ada yang hampir berputus asa.

Mungkin ada yang pernah berasa seperti keseorangan di dunia ini dan tiada yang peduli.

Rasa patahnya hati kerana ditinggalkan kekasih, rasa seperti kehilangan tempat bergantung kerana kematian orang yang paling disayangi atau diduga dengan sesuatu yang sehingga menyebabkan kita berasa seperti jatuh terduduk serta tidak mampu bangun lagi.

Perkara itu sebenarnya adalah lumrah kehidupan setiap daripada kita yang bergelar manusia.

Kehidupan sememangnya tidak selamanya indah. Ada kalanya, kepahitan datang menyinggah dan menduga sejauh mana kekuatan hati kita dan keimanan diri kita.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At- Taubah, ayat 40 yang bermaksud: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Setiap kesedihan yang kita alami itu sebenarnya mampu kita harungi. Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambaNya.

Dan setiap kali kita bersedih, kepada Dia lah tempat yang sepatutnya kita tujui kerana Dia sentiasa ada bersama kita.

Namun sebagai manusia, selain Allah, kita juga mempunyai insan-insan lain di sekeliling yang kita percayai untuk meluahkan dan berkongsi kesedihan kita bukan?

Jadi sebenarnya, ketika kita bersedih, kita perlu ingat bahawa kita tidak keseorangan.

Ketika kita ada terdetik rasa mempersoalkan ‘kenapa aku yang diuji sebegini?’, kita perlu ingat bahawa dugaan yang diberikan kepada orang lain mungkin lebih berat daripada kita.

Mungkin kesedihan kita akibat ditinggalkan kekasih tidak sehebat kesedihan seorang kanak-kanak yatim piatu yang kehilangan kedua-dua ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan matanya.

Mungkin juga kesedihan kita yang masih belum bertemu jodoh meskipun usia sudah semakin lanjut sebenarnya tidaklah seberat kesedihan seorang isteri yang sering dipukul oleh suami, diabaikan dan mengalami keguguran anak dalam kandungan pula berkali-kali.

Dan mungkin juga kesedihan kita yang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata sebenarnya tidaklah sehebat kesedihan seseorang yang kehilangan anggota badan atau menjadi buta dalam sekelip mata akibat kemalangan.

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa satu-satunya tempat yang perlu kita meletakkan harapan adalah Allah S.W.T, dan bukannya manusia.

Kenapa penulis berkata demikian?

Penulis masih ingat lagi dalam satu ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari AlMaghrib InstituteShaykh Ammar AlShukry yang bertajuk ‘Godfidence: Tawakkul & Relying on God’, beliau berkata bahawa kita tidak seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan, berserah dan berharap kepada manusia, kerana manusia adalah makhluk Allah yang pasti akan mati.

Memang benar setiap daripada kita pasti mempunyai seseorang di dunia ini yang seringkali kita meletakkan kepercayaan dan berserah serta berharap kepadanya dalam pelbagai perkara.

Namun, pernahkah kita terfikir, jika sesuatu berlaku kepada orang tersebut, misalnya dia ditimpa kemalangan atau pergi mengadap Ilahi, apa akan terjadi kepada semua harapan yang kita sandarkan kepadanya?

Jika kita meletakkan sepenuh harapan kepada manusia, inilah yang akan menyebabkan kita bersedih dengan begitu mendalam, terlalu lama, meratapi dan menangisi ‘nasib’.

Namun sebaliknya, jika kita meletakkan harapan kepada Allah S.W.T., kita tidak akan bersedih dalam tempoh yang lama kerana kita yakin dan tahu bahawa Dia sentiasa mendengar isi hati kita, mendengar doa-doa kita dan Dia jugalah yang mampu menyembuhkan kesedihan dalam hati kita.

Konsepnya mudah. Percaya dan yakin dengan Allah.

Kita, orang Islam yang wajib percaya kepada enam rukun Iman. Jadi, kenapa perlu bersedih terlalu lama?

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”. (Surah Al-Anbiya, ayat 35).

Jadi, kesedihan itu adalah satu perkara normal yang berlaku kepada setiap orang dan sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu percaya bahawa setiap keburukan atau kebaikan itu adalah dugaan yang diberikan oleh Allah kepada kita.

Dugaan untuk menguji sejauh mana kekuatan hati kita, sekuat mana keimanan kita dan seyakin mana kita dengan Dia, Sang Pencipta.

 

Foto: Aliyah Jamous, Ian Espinosa, Joshua Earle (Unsplash), Lukas Rychvalsky, Tayeb Mezahdia, Rawpixel (Pexels)

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga