Jangan jadi parti ‘Pepsi Cola’

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan betapa pentingnya memilih prinsip dan matlamat perjuangan kehidupan yang penuh cabaran. Ini termasuk meyakini jalan kebenaran dan kebaikan agama Islam yang memerlukan kematangan pemahaman dan kemantapan ilmu dalam kehidupan masakini.

Sebaliknya, terdapat kumpulan yang ditubuhkan dan berjuang mengikut konsep Pepsi Cola, iaitu memilih jalan pintas kerana hendak cepat mencapai matlamat, dan mengikut perasaan tanpa berfikir panjang akan akibatnya.

Analogi Pepsi Cola ialah minuman ringan yang mengeluarkan gas kuat apabila dibuka, berperisa manis dan sedap diminum hanya sementara waktu, dan punyai kesan sampingan buruk tetapi tetap disukai penggemarnya.