Jangan Kumpul Dosa Percuma Hanya Kerana Bersalaman

Sahsiah Rahayu Mat Nah 30-Mei-2019
Daughter shake hand with mother and kissing her mother arms

Bersalaman di Hari Raya memang sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Ia sudah menjadi budaya hormat-menghormati yang sudah diterapkan sejak dari kecil lagi.

Dek  itulah, ramai yang masih ambil enteng tentang isu bersalaman ini. “Alah, salam sebagai tanda hormat, bukan masalah besar pun,” itu antara ayat yang sering kita dengar apabila ada yang menegur tentang budaya bersalaman yang tidak mengikut hukum.

Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram tetap haram sampai bila-bila pun. Jadi, setelah sebulan mengumpul pahala di bulan Ramadan, janganlah di Hari Raya sibuk kumpul dosa percuma.

Tahukah anda, jika anda perempuan, anda tidak boleh bersalaman dengan abang atau adik ipar? Yang lelaki, tidak boleh suka-suka berjabat tangan dengan sepupu-sepupu perempuan?

Hendak tahu lebih lanjut, jom semak senarai di bawah. Ketahui siapa yang bukan mahram anda, dan tidak boleh bersalaman dengan anda.

Jika anda seorang lelaki

  1. Isteri kepada adik beradik bapa
  2. Isteri kepada adik beradik emak
  3. Adik beradik perempuan bapa mentua
  4. Adik beradik perempuan emak mentua
  5. Anak perempuan kepada adik beradik isteri
  6. Kakak ipar
  7. Adik ipar perempuan
  8. Sepupu perempuan
  9. Sepupu ayah (perempuan)
  10. Sepupu emak (perempuan)

Jika anda seorang perempuan

  1. Suami kepada adik beradik bapa
  2. Suami kepada adik beradik emak
  3. Adik beradik lelaki bapa mentua
  4. Adik beradik lelaki emak mertua
  5. Anak lelaki adik beradik suami
  6. Abang ipar
  7. Adik ipar lelaki
  8. Sepupu lelaki
  9. Sepupu ayah (lelaki)
  10. Sepupu emak (lelaki)

Sekarang anda sudah tahu mana yang boleh, mana yang tidak. Kongsi dengan mereka yang masih belum tahu. Kalau ada yang tidak boleh menerima perkongsian anda, sekurang-kurangnya anda sudah jalankan tanggungjawab berkongsi maklumat.

Ingat, biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Kredit foto : 123rf

Infografik : CahayaIslam.net & Alif & Sofia