Jangan mudah putus asa

Kesejahteraan Mental Contributor
Terkini oleh Nur Adibah Ramly
Jangan mudah putus asa
Jangan mudah putus asa © Ihor Serdyukov | Dreamstime.com

Kita dengan mudah berasakan telah kehilangan hala tuju dalam hidup dengan segala macam perkara yang berlaku di dunia hari ini. Kehilangan arah tuju membuatkan kita berasa tertekan dan tekanan ini  mempengaruhi seluruh bahagian kehidupan.

Badan kita akan berasa cepat letih secara mental dan fizikal. Ia menyebabkan kita hilang tumpuan pada pekerjaan seperti sebelumnya. Kita mungkin telah meluangkan banyak masa bersama keluarga tetapi hakikatnya kita tidak terlibat sepenuhnya dalam perbincangan atau masa bersama mereka. Ia adalah perasaan yang sangat luar biasa.

Jangan mudah putus asa

Kita hendaklah sedar bahawa kehidupan ini hanya bersifat sementara dan didatangkan dengan pelbagai ujian. Tidak  ada suatu apa pun di dunia ini yang kekal selamanya, sama ada kebahagiaan yang kita rasai mahupun kesedihan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.”

(Surah Az Zumar, ayat 7)

Kadang kala kita berasa sukar untuk mengawalnya, terutama ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Walaupun kita sering mengingatkan diri bahawa dunia ini bersifat sementara dan ia juga merupakan kepercayaan kita sebagai seorang Muslim, tetapi bukan mudah untuk terus mengekalkan pemikiran sebegini.

Walau bagaimanapun, kita hendaklah berusaha sebaik mungkin kerana ia boleh membantu ketika menghadapi situasi yang sukar – apabila kita berasa seolah-olah  kehilangan arah tujuan. Kita menginsafi diri bahawa  Allah SWT melihat perjuangan kita dan sentiasalah berdoa meminta petunjuk dan ketenangan daripada-Nya.

Dengan segala cabaran yang sedang melanda dunia, kita perlu meyakinkan diri untuk menanamkan sifat syukur dalam hati dan fikiran kerana ia akan membantu diri untuk berasa lebih tenang.

Mungkin untuk seketika perasaan syukur ini berjaya dikekalkan, tetapi seperti semua perkara di dunia ini, perasaan itu juga pasti boleh berubah. Maka  hendaklah kita berusaha mengekalkan ketenangan dalam jiwa, kerana tiada kejayaan yang datang tanpa usaha.

Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik rancangan

Inilah sebabnya mengapa kita perlu lebih kerap berdoa kepada Allah SWT. Memohon kepada-Nya agar memberi pertolongan memulihara perasaan optimis dan rasa syukur di dalam diri serta dapat mengurus kehidupan dengan lebih terancang.

Meskipun banyak perkara yang telah kita rancang untuk dicapai tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan semasa, maka ingatlah bahawa semua ini berlaku dengan sebab dan alasan. Sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik rancangan. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.”

(Surah Al Anfaal, ayat 30)

Sepanjang perjuangan dalam kehidupan ini, penting untuk kita memulihara dan mengembangkan kekuatan mental, emosi dan fizikal dan dalam masa yang sama meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Ia akan membantu kita memperoleh kedamaian dan ketenangan jika kita selalu mengingati bahawa Allah SWT yang paling berkuasa  ke atas setiap sesuatu. Firman-Nya dalam al-Quran bermaksud:

“Maha Suci Allah yang di tangan-Nya adalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,”

(Surah Al Mulk, ayat 1 )

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.