Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) menyedia rangka kerja ekonomi Islam

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah, Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) akan menyediakan satu rangka kerja ekonomi Islam yang mengambil kira beberapa pelan jangka panjang negara.

JKKI berfungsi bagi mempromosi dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam.

Pendekatan JKKI akan bersifat holistik melalui penerapan nilai ekonomi Islam dalam pembangunan negara secara lebih menyeluruh dan mencakupi setiap aktiviti dan rantaian ekonomi.

Amiruddin, Pengerusi JKKI berkata, JKKI turut mendokong matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) iaitu menyediakan taraf hidup wajar kepada semua rakyat melalui penstrukturan semula ekonomi, menangani ketidaksamaan dan membina semula negara.