Jazz & Co Lancar Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir

Apabila fesyen menjadi topik perbincangan, golongan berbadan besar seringkali dipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana.

Namun kehadiran portal atas talian Jazz & Co mampu menceriakan mereka yang berbadan besar apabila tampil dengan Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir baru-baru ini.

Hadir dengan penampilan lebih segar, koleksi ini membuktikan komuniti berbadan besar juga mampu bergaya pada musim perayaan ini.

Koleksi yang merupakan kolaborasi bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co ini menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometri bagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya.

Ia tampil dengan palet rona gelap bagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkan gaya. Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai.

Satu lagi keistimewaan Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir adalah ia juga sesuai digayakan pada hari-hari biasa seperti ke pejabat dan untuk aktiviti kasual.

Mengulas tentang koleksi raya ini, Dina memberitahu dia percaya platform membeli-belah online, Jazz & Co mampu menyelesaikan masalah individu berbadan besar mencari pakaian yang sesuai untuk digayakan.

“Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individu disarankan supaya berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan terhadap diri sendiri adalah kunci kejayaan paling utama.

“Kebanyakan wanita berbadan besar bimbang apabila ingin mendapatkan busana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran baju yang sesuai. Namun menerusi platform seperti Jazz& Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi kerana mereka boleh mendapatkan pakaian kegemaran pada bila-bila masa.”

“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang boleh digayakan pada bila-bila masa,” ujar Dina panjang lebar.




Sementara itu, Pengarah Jazz & Co, Jasdeep Katari memberitahu, koleksi yang dilancarkan ini menampilkan padanan yang lebih segar serta membuatkan si pemakai tampil lebih muda dari usia sebenar.

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dina. Ini kerana kami sangat memahami keresahan golongan ini apabila tidak berjaya memperoleh busana disebabkan ketiadaan saiz, potongan yang kurang menarik serta pilihan yang tidak menggambarkan usia sebenar mereka,” ulasnya.

Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaian kasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan. Di samping membeli pakaian berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan ukuran saiz dari 12 hingga 22 untuk wanita. Manakala untuk lelaki saiz yang tersedia dari L sehingga 5XL.

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo JAZZRAYA2019. Diskaun ini hanya sah sekali untuk setiap akaun pembeli dan selagi stok masih ada.

Tambah berbaloi, penghantaran adalah percuma untuk pembelian di dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari Instagram dan Facebook @jazzncofashion, atau layari www.jazznco.com untuk melihat pelbagai koleksi pakaian yang menarik.

Kredit foto : Jazz & Co