Jelajah Solo Cha Eun-Woo di Kuala Lumpur

Baru-baru ini SalamToday telah sempat menghadir ke siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] in Kuala Lumpur bertempat di Menara PGRM KL.

Dikenali sebagai ‘Face Genius’ kerana ketampanan beliau, Cha Eun-Woo merupakan seorang pelakon dan salah seorang ahli dari kumpulan lelaki Korea Selatan, ASTRO.

Eun-Woo juga merupakan pelakon utama drama purba bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang baru mula ditayangkan.

Beliau membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu runut bunyi drama ini ‘Please Remember’ lengkap dengan berpakaian trandisional Korea, hanbok.

Challenge! CHApago, C.M.I (Cha Eun-Woo Much Information), Cha!possible dan Made by ‘Cha Eun Woo’ merupakan antara permainan dan sesi soal jawab yang telah berlangsung sepanjang fan meet ini.

Acara JUST ONE 10 MINUTE juga telah diwarnai dengan segmen cabutan bertuah. Para pemenang yang bertuah dapat membawa pulang barangan seperti kepingan gambar polaroid, bola dan topi yang ditandatangani oleh Cha Eun Woo sendiri.

Aktiviti tidak berhenti setakat itu sahaja. Seluruh dewan terpegun apabila melihat Eun-Woo bermain piano sambil menyanyikan lagu ‘Love Yourself’, nyanyian asal oleh Justin Bieber yang dinyanyikan dengan rentak dan irama beliau sendiri.

Jeritan sorakan dan tepukan yang gemuruh bergema di Dewan Wawasan PGRM juga apabila Eun-Woo menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ oleh Aizat Amdan.

 

Eun-Woo yang mula dikenali selepas mendapat sambutan luar biasa apabila membintangi watak utama sebuah drama Korea popular berjudul ‘My ID is Gangnam Beauty,’ jadi tidak hairanlah apabila beliau turut mengambil peluang untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama ini, ‘Rainbow Falling’ pada acara itu.

Sebelum berpisah Eun-Woo menyanyikan lagu terakhir beliau, ‘You and Me’ iaitu lagu asli kumpulan ASTRO sekali gus menutup siri fan meet Asia yang telah bermula sejak dua minggu yang lalu.

 

Foto : MacpiePro and Fantagio Music