Jenayah siber semakin teruk

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan warga China telah menjadikan negara ini pusat sindiket jenayah siber dan penipuan dalam talian. Menurutnya, ini amat membimbangkan pihak berkuasa dan tangkapan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuat kepada pesalah yang terbabit.

Bercakap di Putrajaya selepas Majlis Pelepasan Bantuan Pasca Banjir anjuran pertubuhan bukan kerajaan belia, perkara-perkara seperti Macau Scam dan perjudian dalam talian telah diperbincangkan hingga ke peringkat ASEAN.

Berdasarkan serbuan JIM yang lepas, dipercayai wujudnya dalang sindiket perjudian dalam talian dari China yang memiliki rangkaian jalinan cekap dan mampu beroperasi di beberapa lokasi di Malaysia.