Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Jin – segalanya dengan izin Allah SWT

Pendidikan 26 Dis 2020
Pilihan oleh Abi Aasim
Jin - segalanya dengan izin Allah SWT
Jin - segalanya dengan izin Allah SWT © Yuliash | Dreamstime.com

Sebagaimana Allah SWT menjadikan manusia daripada tanah, Allah telah menjadikan jin daripada api. Berbeza dengan manusia, jin mempunyai tubuh halus yang tidak didindingi oleh bahan-bahan walaupun kejadiannya turut terdiri dari unsur udara air dan bahan-bahan yang mengimbangi.

Selain manusia, jin juga turut hidup dan tinggal di muka bumi, menjalankan urusan mereka.

Jin menjelma kepada rupa dikehendaki dengan izin Allah SWT

Mereka bukan sahaja tinggal di darat, malah turut berada di air, udara dan kawasan-kawasan lapang yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Namun, ada sesetengah manusia yang dapat melihat jin ini dan berkomunikasi dengan mereka dengan izin Allah SWT. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir, ayat 31 yang membawa maksud:

“Dan tiadalah yang mengetahui tentera-tentera Tuhanmu selain Dia sendiri.”

Makhluk jin ini boleh menjelma kepada mana-mana rupa yang dikehendakinya dengan izin Allah SWT. Jin juga boleh masuk dan keluar daripada mana-mana badan tanpa halangan.

Jin juga beribadah kepada Allah SWT

Menururut sahih Al-Bukhari (jilid 1, halaman 450) yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang jin ifrit telah datang mengganguku (melintasi di hadapanku) semalam untuk memustuskan sembahyangku, lalu aku diteguhkan oleh Allah. Hampir-hampir aku hendak menambatnya pada sebatang tiang masjid sehingga kamu (para sahabat) berpagi-pagi, dapat melihatnya.

(Di kala itu) aku menyebut perkataan saudaraku Nabi Sulaiman a.s: yang bermasud ”Wahai Tuhanku! Ampunilah aku dan kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan diperoleh oleh seseorangpun sesudahku (dari surah Sad, ayat 35).”

Sepertimana manusia yang telah diperintahkan beribadah kepada Allah SWT, begitu juga dengan jin. Keimanan dan kekufuran merupakan kayu ukur dalam membezakan di antara yang hak dan batil.

Allah SWT menjanjikan kepada makhluk-Nya dari golongan manusia dan jin yang beriman dan beramal soleh akan diberikan ganjaran yang baik iaitu syurga. Demikian juga sebaliknya, mereka yang kufur dan ingkar akan diberikan balasan dengan azab siksaan yang buruk.

Perkongsian ini bukanlah untuk menakut-nakutkan pembaca dengan kewujudan jin. Sebaliknya sebagai seorang Muslim kita perlu mempercayai kewujudan makhluk ini. Yang penting kita wajib mengimani perkara yang ghaib. Wallahhualam.