Johor Darul Takzim (JDT) hadapi cabaran bekas juara Liga Juara-juara Asia (ACL) 2020

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Pasukan JDT bakal berdepan cabaran getir apabila diundi dalam kumpulan yang sama dengan dua bekas juara, Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings. Melengkapkan saingan dalam Kumpulan G adalah pasukan dari Jepun yang bakal ditetapkan setelah perlawanan akhir Piala Maharaja Jepun 2019 pada 1 Januari depan.

Guangzhou Evergrande dari China merupakan johan pada edisi 2013 dan 2015. Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan pula menang pada 2001 dan 2002.

JDT merupakan kelab pertama negara yang layak automatik ke peringkat kumpulan ACL musim ini. Namun kelab berkenaan hanya mampu mencatat satu kemenangan, satu keputusan seri dan empat kekalahan.