Jom Buat Biskut Cornflakes Kelapa

Biskut Cornflakes (emping jagung) adalah antara biskut raya moden yang mudah dibuat dan banyak variasinya. Biskut kegemaran ramai ini boleh dikatakan mesti ada di atas meja untuk dihidangkan kepada tetamu.

Sesuai dengan peredaran zaman, Biskut Cornflakes juga telah melalui beberapa evolusi, di mana resipinya dipelbagaikan untuk menyuntik rasa yang lebih memikat.

Tahun ini, jenama makanan Ayam Brand juga tidak ketinggalan tampil dengan resipi Biskut Conflakes.

Jom cuba buat resipi Biskut Cornflakes Kelapa yang disediakan oleh Ayam Brand ini.

Bahan-bahan

1) 6 sudu besar Santan Ayam Brand

2) 1 cawan mentega

3) 1 cawan gula

4) 2 ½ cawan tepung

5) 1 ½ sudu teh serbuk penaik

6) ½ sudu teh garam

7) 2 sudu teh perasa vanilla

8) 2 biji telur, dikacau

9) 3 cawan emping jagung, dihancurkan

Cara Memasak

1) Panaskan ketuhar sehingga suhu 180 ◦C.

2) Masukkan mentega, gula dan santan dalam mangkuk. Campurkan dan kacau selama satu minit sehingga campuran sebati.

3) Dalam mangkuk yang lain, pukul telur. Masukkan telur dalam campuran tadi.

4) Tambahkan perasa vanilla dan kacau sebati.

5) Dalam mangkuk berasingan, campurkan garam, tepung dan serbuk penaik. Pukul sebati.

6) Perlahan -lahan kacau ke dalam campuran santan. Gunakan spatula untuk membentuk doh dan letakkan dalam peti sejuk selama setengah jam.

7) Letakkan emping jagung yang hancur di dalam loyang atau mangkuk besar. Dengan menggunakan sudu, cedok doh bersaiz kecil dan gaulkan dengan emping jagung. Letakkan doh yang telah siap dalam kertas baking. Ulang langkah ini sehingga doh habis.

8) Bakar sehingga keemasan dan keluarkan. Biarkan sejuk.

Kredit foto : Ayam Brand