Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Amazing sunset at Royal Belum Forest in Perak, Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September hadapan, pasti ramai yang sudah merencanakan aktiviti yang ingin dilakukan pada cuti umum terbabit.

Biarpun ada di antara anda yang memilih untuk bersantai sahaja di rumah, tetapi pasti ada juga yang  mengambil peluang ini untuk merejuvenasikan diri dengan bercuti bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Jika anda salah seorang daripada individu yang gemar mengembara atau bercuti, mungkin kali ini anda boleh mengunjungi destinasi-destinasi menarik di dalam negara. Jangan tak tau, Malaysia juga punya tarikan tersendiri, malah terkenal di seluruh dunia.

Inilah peluang  untuk anda mengungkapkan perasaan cinta dan semangat patriotik  terhadap Malaysia. Jom semak tarikan-tarikan yang boleh dilawati pada cuti umum terbabit. Untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan,  pastikan anda membawa bersama  kelengkapan atau alatan yang sesuai.

 

1) Telaga Tujuh, Langkawi

Telaga Tujuh yang terletak di Langkawi ini dianggap sebagai formasi air terjun  tercantik di pulau tersebut.  Pencinta alam dan mereka yang menggemari aktiviti mengembara wajib mengunjungi tarikan ini.

Apa yang perlu dibawa:

Denai yang didaki  agak mencabar dan mungkin mengakibatkan kecederaan-kecederaan kecil . Oleh itu, anda seelok-eloknya membawa kit pertolongan cemas serta kelengkapan penting lain seperti kasut kembara, air, makanan dan pembalut luka, 3M™ Nexcare™ Clear Waterproof Bandages kerana ia memastikan luka anda dapat ditutup dengan  sepenuhnya.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Nexcare™ Tattoo Waterproof Bandages yang hadir dalam pelbagai warna dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak jika mereka turut ikut bersama.

2) Pantai Tusan Cliff, Sarawak

Sekiranya anda teringin untuk melancong ke Maldives, jangan runsing lagi kerana Malaysia sendiri sendiri mempunyai destinasi persis Maldives yang boleh kunjungi.

Terletak hanya 40 kilometer dari Bandar Miri, Pantai Tusan Cliff atau lebih dikenali sebagai pantai ‘Blue Tears’, menawarkan pemandangan yang indah.

Destinasi ini mula mencuri perhatian sejak beberapa tahun lalu dek keindahan ombak birunya yang menawan disumbangkan oleh kehadiran organisma fitoplankton. Pesisir pantai Tusan juga popular di kalangan penduduk tempatan serta peminat fotografi kerana keindahan landskap dan pemandangan matahari terbenamnya yang memukaukan.

Apa yang perlu dibawa:

Memang seronok meluangkan masa di tepian pantai, namun ramai yang berasa kurang  selesa apabila pasir pantai mula melekat pada tubuh badan dan pakaian. Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah gunakan bedak talkum untuk membilas pasir yang melekat pada kulit.

 

3. Hutan Simpan Royal Belum, Perak

Berusia 130 juta tahun, Hutan Simpan Royal Belum merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia yang menjangkaui usia hutan hujan Kongo dan Amazon!

Saksikan Harimau Malaya, Beruang Madu Malaysia, serta Tapir Malaya dalam habitat semula jadi mereka sambil menyusuri Sungai Papan. Jadi, jika anda belum pernah menyaksikan binatang-binatang eksotik ini, maka inilah masanya!

 

Apa yang perlu dibawa:

 Pastikan anda bawa bersama kit pertolongan cemas, penangkis nyamuk dan kasut yang selesa dipakai untuk aktiviti kembara. Cuaca di Malaysia juga agak tidak menentu, oleh itu jika hujan mula turun ketika anda sedang menyusuri denai, pastikan anda bawa bersama  baju hujan untuk dipakai ketika perlu.

Jangan lupa melindungi peralatan anda dengan Scotchgard™ Fabric Protector kerana ia membantu menangkis bahan cecair serta kotoran pada masa yang sama.

4. TITI Eco Farm, Negeri Sembilan

 Terletak di Negeri Sembilan, TITI Eco Farm Resort ialah tempat yang sempurna bagi para keluarga yang inginkan percutian bertemakan pertanian. Pusat peranginan  seluas 40 ekar ini dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan organik.

Di TITI, pengunjung boleh mengasah kemahiran berkebun kerana tetamu  boleh menanam dan menuai sayur-sayuran serta mempelajari sedikit sebanyak tentang pertanian organik. Kanak-kanak juga boleh mengamati kehidupan seorang petani dengan memberi arnab makan, memerhati burung unta dan merasai sayur-sayuran organik yang dipetik sendiri.

Apa yang perlu dibawa:

 Jangan lupa untuk membawa beberapa salinan pakaian serta sepasang kasut kerana anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘turun padang’ dan bercucuk tanam. Lindungi lengan anda daripada sinaran UV yang berbahaya dengan menggunakan 3M™ UV Cool Arm Sleeves PS2000.

Produk ini hadir dengan daya penyerapan tinggi, ciri pengeringan serba pantas dan fiber fungsian yang selesa untuk disentuh, ia akan memastikan anda kekal segar sepanjang hari!

5) Bukit Keteri, Perlis

Singkapan batu kapur yang terletak di sebuah kampung di Perlis, Bukit Keteri merupakan lokasi mendaki tembok yang menjadi tumpuan di rantau utara Malaysia. Jika anda menyukai pengembaraan, maka bersedialah untuk mengharungi cabaran yang  disajikan di peringkat awal pendakian disebabkan formasi permulaan bukit tersebut yang melengkung .

Kemudian, pendaki akan berjalan sehingga tiba ke fasa batu kapur yang terdapat pada bukit tersebut. Walaupun bukit ini merupakan antara pendakian yang paling mencabar di Asia, ia pasti berbaloi kerana anda akan dapat mengamati sendiri pemandangan panoramik dan fenomena matahari terbenam yang mempesonakan di puncak bukit tersebut.

Apa yang perlu dibawa:

 Jika anda melibatkan diri dalam aktiviti ekstrem seperti pendakian tembok batu, anda harus mengutamakan keselamatan. Jangan lupa untuk membawa peralatan keselamatan seperti abah-abah, helmet dan sarung tangan bersama anda.

Aktiviti-aktiviti  ini mencabar keupayaan fizikal dan boleh mengakibatkan ketegangan pada otot dan sendi tubuh badan , terutamanya di bahagian lutut.

Produk 3M™ FUTURO™ Moisture Control Knee Support boleh membantu anda melegakan sakit sendi serta memberikan sokongan dan pemakaian yang menyelesakan untuk pelbagai aktiviti pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

 

Kredit foto : 123rf / 3M