Jovian X Ria Miranda Alternatif Terbaik Buat Pencinta Fesyen Muslimah

Pereka fesyen terkenal tanah air, Dato’ Jovian Mandagie telah berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal dari Indonesia, Ria Miranda untuk menghasilkan koleksi terbaru yang diberi nama Jovian x Ria Miranda.

Koleksi ini sangat sesuai buat anda terutamanya para Muslimah yang mencari helaian yang sopan serta mematuhi syariat kerana koleksi ini memang direka khusus untuk golongan yang mementingkan kesopanan dalam penggayaan seharian.

Hadir dalam 21 rekaan kesemuanya, setiap rekaan direka khusus untuk acara berlainan. Pilih saja di antara kaftan, blaus labuh serta palazo, semuanya boleh didapati dari koleksi ini.

Mengambil inspirasi daripada Timur Tengah dengan suntikan nuansa Maghribi, Jovian dan Ria banyak bermain dengan elemen cetakan pada fabrik untuk menimbulkan mood Timur Tengah.

Penggunaan material seperti satin serta sifon bercetak pastinya akan memberikan keselesaan tahap maksima kepada si pemakai selain potongannya yang longgar serta beralun.

Warna-warna pastel seperti biru dan ungu kusam, merah jambu lembut serta hijau zaitun menaikkan lagi mood sopan dan manis si pemakai.

Buat anda yang berhijab, koleksi ini turut menampilkan variasi pilihan hijab untuk dipadan dengan pakaian dari koleksi yang sama.

Semua barangan dari koleksi ini boleh didapati di butik Jovian serta menerusi atas talian di laman web rasmi Jovian Mandagie.

 

Sumber Foto : Instagram Jovian RTW