Jual Kenderaan Terpakai Secara Online

Suka Nor Syariza Tahir 14-Mei-2019

Kepesatan teknologi pada masa kini berlaku di segenap ruang dan gaya hidup, merentasi sektor dan industri.

Bukan sekadar khidmat penghantaran makanan, e-hailing dan beli-belah, proses jual beli kereta juga kini boleh menggunakan platform online.

Tidak terkecuali adalah sebuah platform jual beli kenderaan terpakai yang terbesar di Asia Tenggara yang digelar Carsome.

Menawarkan perkhidmatan menjual kereta kepada individu atau syarikat-syarikat komersial secara efisyen, melalui portal pembidaan, pelanggan boleh menjual kereta mereka kepada pengedar-pengedar kereta terpakai seluruh negara.

Dengan itu, proses keseluruhan menjual kereta menjadi lebih mudah, daripada pemeriksaan kepada pembidaan, pembayaran dan keperluan logistik, di mana pelanggan boleh menjual kereta terpakai sepantas satu hari tanpa sebarang caj.

Sejak penubuhannya pada 2015, Carsome telah mendaftarkan lebih daripada sejuta bidaan untuk kereta terpakai, dengan lebih daripada 70% transaksi yang berlaku di antara bandar.

Beribu pejabat di Malaysia dan telah melebarkan sayapnya ke Indonesia, Thailand dan Singapura, Carsome sehingga kini mempunyai rangkaian pengedar kenderaan terpakai terbesar dengan lebih 5,000 pengedar berdaftar di platform itu.

Melangkah terus ke hadapan, pada awal tahun ini, Carsome telah melancarkan pusat pemeriksaan pertama di Pulau Pinang dan Johor Bahru, selain di Melaka yang telah pun mula beroperasi pada bulan Mei, dan diikuti dengan Ipoh serta Batu Pahat pada Jun ini.

Dengan matlamat untuk membantu lebih ramai orang untuk menjual kenderaan mereka di seluruh negara, Carsome menyasarkan untuk membuka 15 pusat pemeriksaan menjelang akhir tahun ini.

“Kami memberi fokus untuk mengembangkan operasi bukan sahaja kepada bandar-bandar utama, namun kami turut meluaskan liputan kepada bandar tier kedua termasuk Ipoh, Seremban dan Kuantan tidak lama lagi.

“Kami kini telah memperolehi lebih 5,000 pengedar kereta terpakai merentasi empat pasaran. Dengan rangkaian pengedar yang kami ada pada hari ini, kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna serta memberikan harga yang lebih kompetitif kepada para pelanggan,” ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Ekekutif Carsome, Eric Cheng.

Sementara itu, para pelanggan kini boleh menjadualkan sesi penilaian kenderaan di mana-mana lapan pusat pemeriksaan Carsome di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Di situ, Carsome akan menilai kenderaan dan memberikan tawaran terus dengan segera. Pelanggan boleh memilih untuk membida kepada rangkaian pengedar kereta terpakai Carsome di seluruh negara.

Setelah tawaran diterima pelanggan, semua kertas kerja yang diperlukan akan diurus oleh Carsome dan pemindahan wang akan dilakukan secara dalam talian dengan segera.

Jadi, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari kedai menjual kereta terpakai untuk menjual kereta terpakai anda, kerana semuanya boleh dilakukan di Carsome, sebuah pusat sehenti untuk menjual kenderaan.

Foto: Carsome