Jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 252 orang

Uncategorized Adea Ghafar 23-Dis-2019

JOHOR BAHRU, 23 Dis — Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon mengumumkan pengurangan jumlah penduduk di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat, iaitu 252 orang daripada 58 keluarga berada di enam PPS, berbanding 283 orang daripada 65 keluarga di tujuh PPS pada 6 petang tadi.

Penduduk-penduduk di Mukim Gemereh, Pogoh, Jementah dan Buloh Kasap yang masih terjejas termasuk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh dan Kampung Bukit Tunggal.

Antaranya, mereka telah  ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh, Balairaya Gemereh 3 dan Balairaya Bukit Tunggal.