Jurufoto Fesyen Terkenal Peter Lindbergh Meninggal Dunia

Hari ini seluruh pencinta fesyen dunia sedang meratapi pemergian jurufoto bertaraf legenda iaitu Peter Lindbergh yang meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Berita mengenai kematian jurufoto yang berasal dari Jerman itu telah disampai oleh ahli keluarga mendiang menerusi akaun rasmi Instagram milik Peter.

Ramai para penggiat fesyen seperti peragawati, pereka fesyen, penyunting majalah, malah selebriti terkenal dunia seperti Rihanna telah mengucapkan takziah dan bersedih di atas pemergian Peter.

 

Sepanjang hayatnya, Peter sering merakam gambar yang menjadi fenomena dan hasil kerjanya sering kali menghiasi kulit majalah terkenal termasuklah majalah Vogue untuk pelbagai edisi di seluruh dunia.

 

View this post on Instagram

7 Era-Defining Peter Lindbergh British Vogue Covers (written by @benknightevans) – JANUARY 1990 One of the most iconic covers in British Vogue's 103-year history, the magazine's first issue of the 1990s set the tone for the decade. Coming after the big hair and overt glamour of the Eighties, its undone influence extended beyond fashion into popular culture when George Michael took Naomi, Linda, Tatjana, Christy and Cindy from their Giorgio di Sant'Angelo tops and Levi's jeans from SoHo in Manhattan to various states of undress in his legendary Freedom! '90 music video. The circle was made complete as three of the quintet of quintessential supermodels sauntered down Gianni Versace's autumn/winter 1991 catwalk lip synching to Freedom! '90, committing every contributor firmly to fashion folklore. – #LindberghStories #BritishVogue #fromthevault

A post shared by Peter Lindbergh (@therealpeterlindbergh) on

Beliau juga terkenal sebagai jurufoto yang mahir merakam gambar hitam putih dan mampu menonjolkan kecantikan dalaman sejati seorang wanita tanpa bergantung kepada solekan.

 

Peter juga merupakan jurufoto yang merakam gambar untuk kulit majalah Vogue yang pertama selepas Anna Wintour dilantik menjadi penyunting majalah Vogue pada tahun 1988.

Menjadi impian setiap peragawati untuk gambar mereka dirakam oleh Peter.

Kematian Peter sememangnya satu kehilangan yang amat besar buat industri fesyen dunia.