Kabinet setuju penubuhan Majlis Media Malaysia – Timbalan menteri

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith mengumumkan kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC). Mesyuarat pertamanya pada minggu depan akan membincangkan aspek kerangka penubuhan MMC sebagai badan kawal selia kendiri.

Ahli parlimen Kuala Pilah yang ditemui di Pesta Bola Ngoca 2019 di Empang Bangkung, Juasseh berkata MMC akan dipengerusikan oleh beliau dan disertai lapan wakil media yang akan diumumkan tidak lama lagi.

MMC diharap akan dapat mengatasi masalah semasa industri tempatan, juga menjamin masa depan serta kebajikan para pengamal media. MMC juga akan menjadi badan timbang tara antara rakyat dan pihak media demi kepentingan rakyat Malaysia.