Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Suka Helmi Anuar 02-Mei-2019

Pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta telah dipilih menjadi duta kepada kad sim prabayar My Prepaid. MyPrepaid adalah jenama bagi Kad Prabayar yang telah berada dipasaran dan diedarkan oleh My International Mobile Sdn. Bhd sejak 2016 .

Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan adalah kad prabayar yang ditawarkan khusus buat peminat Rozita Che Wan diseluruh negara menggunakan jenama MyPrepaid.

Kad ini hanya bernilai RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan data serta mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdapat pelbagai kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna kad prabayar ini termasuklah nilai berganda untuk setiap tambah nilai. Selain itu, bagi setiap pengguna yang berdaftar, anda bakal menerima insuran kemalangan bernilai Rm1,500 secara percuma.

Antara keistimewaan yang ditawarkan kepada pengguna MyPrepaid adalah seperti berikut:

Pelan harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran.

Caj Panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use. Setiap tambah nilai akan menerima kredit percuma secara berganda. Setiap RM10 tambah nilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambahnilai adalah RM50. Contoh seperti berikut:

• Tambahnilai 10, Terima tambahan kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM20
• Tambahnilai 20, Terima tambahan kredit RM20 menjadikan keseluruhan kredit RM40
• Tambahnilai 30, Terima tambahan kredit RM30 menjadikan keseluruhan kredit RM60
• Tambahnilai 40, Terima tambahan kredit RM40 menjadikan keseluruhan kredit RM80
• Tambahnilai 50, Terima tambahan kredit RM50 menjadikan keseluruhan kredit RM100

 

Pelan Data internet TANPA HAD AKSES dan HAD KELAJUAN

• Pengguna boleh memilih pelan langganan harian, mingguan atau bulanan mengikut keperluan masing-masing tanpa perlu risau dengan terma dan syarat yang mengelirukan.

Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma kepada setiap pengguna

• Pengguna yang berumur 13-70 tahun layak mendapat perlindungan ini.

• Termasuk warganegara dan bukan warganegara- Menerima mata ganjaran bagi setiap tambah nilai yang dibuat dan boleh ditebus untuk pelbagai baucer barangan di seluruh negara.

• Setiap ringgit tambah nilai akan ditukarkan kepada mata ganjaran dan boleh ditebus dalam bentuk baucer barangan untuk ditukarkan kepada lebih 35 outlet diseluruh negara seperti KFC, MyDin, Giant, Starbuck, CoffeeBean dan lain-lain.

Program Usahawan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Program usahawan ditawarkan kepada semua peminat Rozita Che Wan untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad prabayar ini.

 

Hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja. Pendaftaran mula dibuka pada 29 April 2019 sehingga 11 May 2019

Untuk menjadi agen mereka perlu membayar sebanyak RM3,888. Mereka perlu membuat pembayaran penuh pada 11 May 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang sama.  Agen yang mendaftar akan dibekalkan dengan kelengkapan pemasaran yang diperlukan.

Agen-agen juga akan menerima perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi sebanyak RM20,000 setiap orang dan tambahan Skim Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000.

500 yang terawal mendaftar ini , bukan sahaja layak menjadi agen malah akan raikan mereka dalam satu majlis Berbuka Puasa Eksklusif yang akan diadakan pada 19 May 2019 di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, mereka yang hadir pada majlis Berbuka Puasa Eksklusif tersebut akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM100,000 termasuk wang tunai dan barangan dari ByRCW dan Zapatos by Zain Saidin.

Layari http://www.myprepaid.com.my untuk mendaftar sebagai agen.

Foto : MyPrepaid