Kalau Nak Kurus, Amalkan Makan Epal Hijau

Jika anda sedang berusaha menurunan berat badan, apa kata cuba amalkan diet epal hijau yang dipercayai sangat efektif untuk menurunkan berat badan.

Ini kerana, epal hijau lebih rendah kalori dan tinggi kandungan seratnya berbanding epal merah.

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Obesity pada tahun 2013, pengambilan serat meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan rasa lapar, sehingga bermanfaat untuk menurunkan berat badan.

Jadi, kenapa epal hijau lebih bagus untuk proses penurunan berat badan?

 

1) Makanan tinggi serat

Sebiji epal hijau mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman tubuh badan manusia.

Selain mampu memberi rasa kenyang yang panjang, serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme.

Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diuretik.

 

2) Mengandungi karbohidrat

Karbohidrat penting untuk tubuh badan kerana ia sumber tenaga yang utama. Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal.

Pengambilan karbohidrat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan sehingga menghalang seseorang itu mengunyah makanan yang tidak sihat.

 

3) Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C.

Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

 

4) Mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam dalam darah sangat disarankan mengamalkan diet epal hijau.

Ini kerana buah ini berkhasiat untuk memecahkan kolesterol dalam aliran darah serta membantu melancarkan aliran darah.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.

Bagaimanapun, anda tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat.

Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu atau dua biji sehari.

Sumber : www.livestrong.com / www.doctoroncall.com.my

Kredit foto : Daniela, Unsplash, Annie Spratt, Unsplash