Kami gembira persatuan sudah melunaskan perbelanjaan Sukan SEA Filipina – Presiden MOM

Uncategorized Adea Ghafar 13-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan kesemua persatuan sukan telah menyelesaikan perbelanjaan para atlet masing-masing keSukan SEA ke-30 di Filipina.

Bercakap selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga OCM kali ke-17 bagi sesi 2018-2021 di Wisma OCM, Mohamad Norza dan MOM berterimakasih kepada kesemua persatuan terbabit yang telah melunaskan pembayaran bagi tiket penerbangan, penginapan dan sebagainya.

Antara perbincangan mesuarat termasuk prestasi kejayaan atlet di bawah kategori B dan kategori B2. Bagi Kategori B, persatuan sukan kebangsaan berkaitan harus membayar pembiayaan atletnya dan hanya akan dibayar kembali oleh MOM jika atletnya memenangi pingat.