Pendapat 15-Mei-2020

Karya kreatif dan realiti kehidupan

Hanita Hassan
Kolumnis
Pandemik COVID-19 © Osons163 | Dreamstime.com

Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang yang kosong.  Ia mempunyai asas yang lahir dari lubuk hati pengarang dalam memperkatakan tentang sesuatu perkara yang melingkari kehidupan manusia. Dalam tempoh 100 tahun ini, dunia telah melalui banyak krisis pandemik. Namun karya yang memaparkan tentang realiti keadaan tersebut amat terhad.

Filem pandemik popular yang pernah difilemkan seperti Outbreak (1995), 28 Days Later (2002), Dawn of the Dead (2004), Children of Men (2006), The Crazies (2010), Contagion (2011), Perfect Sense (2011) dan Flu (2013) adalah sebahagian daripada karya kreatif yang melakar tentang virus atau pandemik wabak yang menyerang manusia.

Filem Flu, karya Kim Sung-su dari Korea berkisar tentang wabak virus strain H5N1 yang membunuh penghidapnya dalam masa 36 jam.  Virus ini menyerang sebuah daerah bernama Bundang, Seongnam sehingga menimbulkan huru-hara kepada sekitar setengah juta penduduk.  Filem ini dibintangi oleh Soo Ae dan Jang Hyuk sebagai teraju utama.

The Crazies ialah filem sains fiksyen seram Amerika arahan Breck Eisner dan dibintangi oleh Timothy Olyphant dan Radha Mitchell.  Sejenis virus toksik mula tersebar di sebuah bandar pertanian selepas nahas kapal terbang.  Penduduk yang dijangkiti virus ini  bertukar menjadi pembunuh yang paling  ganas.

Sehingga 9 Mei 2020 yang lepas, angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat dengan 271,780 orang dilaporkan meninggal dunia sejak dikesan di China pada Disember 2019.  Manakala lebih daripada 3,896,790 kes setakat ini didaftarkan di 195 negara dan wilayah.  Daripada jumlah itu, 1,268,000 dilaporkan sembuh sepenuhnya.

Amerika Syarikat mencatat jumlah keseluruhan kematian tertinggi di dunia dengan 76,101 orang daripada 1,271,775 kes dan sekurang-kurangnya 195,036 pesakit sembuh sepenuhnya.  Britain di tempat kedua dengan jumlah kematian 31,241 orang daripada 211,364 kes diikuti Itali dengan 31,241 kematian daripada 211,364  kes keseluruhannya.

Ancaman wabak ini telah memasuki fasa seterusnya apabila rangkaian ekonomi dunia mulai lumpuh.  Kajian NGO berpangkalan di United Kingdom, Oxfam pada 9 April 2020 memperlihatkan data ekonomi yang menakutkan.  Laporan  Oxfam mendedahkan 4 bilion manusia dijangka hidup di bawah paras kemiskinan akibat penguncupan pendapatan dan menjangkakan 47 juta pekerja Amerika Syarikat akan menganggur.

Sekiranya krisis ekonomi ini benar-benar berlaku di Amerika Syarikat, maka novel berjudul The Grapes of Wrath (1939) dan In Dubious Battle (1936) karya John Steinbeck boleh dibaca untuk melihat kembali gambaran zaman terburuk sejarah ekonomi yang pernah dilalui oleh Amerika Syarikat.

Realitinya, karya sastera juga memainkan peranan tersendiri dalam memberi pengajaran  sejarah melalui lakaran karya-karya kreatif karangan mereka.  Karya besar seperti ini lahir sebagai ekspresi penulis tentang keadaan masyarakat  atas sifat tanggungjawab sosial bagi membantu meleraikan kekusutan mereka yang ditindas.

Membaca kisah-kisah tragik dan menonton filem berkisar tentang pandemik wabak ini secara langsung membantu kita untuk bersedia mental dan fizikal menghadapi apa jua keadaan apabila ia berlaku nanti.

Artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 24-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Mungkin inilah hikmah di sebalik pandemik COVID-19.  Kita diminta bersabar supaya wabak yang sedang melanda ini tidak disebarkan sewaktu berhari raya.  Ini sekali gus menjadikan tahun 2020 titik sejarah yang akan dikenang seumur hidup.  Sesungguhnya inilah hakikat kehidupan yang tidak sunyi dalam menghadapi ujian Allah SWT.  Walaupun perit, kita perlu kuat menghadapinya jua.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 08-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Gerak kerja dakwah melalui tekno daie dan dakwah siber boleh membantu penyampaian mesej dakwah secara berkesan.  Hari ini, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan tetapi juga perlu menggunakan media baharu asal sahaja ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 04-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Kemenangan umat Islam adalah isyarat Allah SWT kepada Nabi SAW untuk meneruskan dakwah Islam. Sirah perjuangan para sahabat berperang mempertahan agama dalam keadaan berpuasa dengan kelengkapan persenjataan yang kurang dalam bulan Ramadan perlu dikisahkan kepada generasi muda.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 28-Apr-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Apapun, Ramadan kali ini adalah saat terbaik untuk refleksi jiwa dan merenung ke dalam diri sendiri. Kalau dahulu anda hanyalah makmum ketika bertarawih, tetapi jika anda seorang ketua keluarga, anda akan menjadi imam mengetuai solat fardu dan tarawih sejak malam pertama hinggalah Ramadan terakhir.

Teruskan Teruskan