Kastam Johor rampas rokok dan keretek haram nilai lebih RM1.1 juta

Uncategorized Yen Doran 24-Dis-2019

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan cubaan seludup rokok dan keretek bernilai kira-kira RM1.1 di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar pada 23 Disember.

Sebuah lori ditahan di Bay Pemeriksaan Cawangan Eksport Kompleks Sultan Abu Bakar dan merampas 300 kotak berisi rokok putih dan keretek di KIK Sultan Abu Bakar.

Pengarah JKDM Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata keretek yang dianggar bernilai RM924,000 dan rokok bernilai RM238,200 itu dipercayai cuba diseludup ke Singapura.

Kastam turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 68 tahun yang merupakan pemandu lori untuk membantu siasatan.