Katakan #BUKANSAYA Untuk Kolesterol Tinggi

Dalam usaha menyokong rakyat Malaysia mengambil langkah positif ke arah jantung yang lebih sihat, Nestle Omega Plus membawakan kembali ‘Cabaran 30 Hari’ dengan memberikan ganjaran kepada peserta yang mencapai kadar penurunan kolesterol tertinggi.

Dijalankan dengan kerjasama BP Healthcare, Institut Jantung Negara (IJN) dan Yayasan IJN, ‘Cabaran 30 Hari’ versi 2.0′ memperkasakan kesihatan jantung rakyat Malaysia dengan menawarkan profil lipid atau ujian darah kolesterol yang lengkap untuk memberikan gambaran kesihatan yang lebih menyeluruh.

Dengan 47.7% atau satu daripada dua orang dewasa menghidap kolesterol tinggi, rakyat Malaysia kini berhadapan dengan peningkatan risiko penyakit jantung yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Lebih membimbangkan, hampir 40% daripada mereka yang menghidap kolesterol tinggi tidak mengetahui status mereka.

“Sebagai peneraju kesihatan jantung di Malaysia, misi kami adalah jelas. Kami ingin menyatukan rakyat Malaysia supaya bertindak untuk berkata #BUKANSAYA bagi kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

“Justeru, kami menyahut seruan Menteri Kesihatan untuk meningkatkan keazaman rakyat Malaysia dalam memerangi kolesterol tinggi serta mengekalkan kesihatan jantung menerusi ‘Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0’,” ujar Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo & Susu, Nestle (Malaysia) Bhd., Kumaran Nowuram.

 

‘Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus versi 2.0’ memperkenalkan pengurusan profil lipid atau ujian darah kolesterol yang lebih menyeluruh yang menganalisis tahap lipid (lemak atau bahan menyerupai lemak dalam darah) termasuk LDL atau lipoprotein berketumpatan rendah (kolesterol tidak baik), HDL atau lipoprotein berketumpatan tinggi (kolesterol baik) serta trigliserida.

Matlamatnya adalah untuk menurunkan tahap LDL dan trigliserida serta mengekalkan paras HDL yang tinggi.

Pengurusan profil lipid yang baik dapat dicapai melalui perubahan tabiat dan gaya hidup, seperti mengamalkan pemakanan seimbang, senaman tetap sekurang-kurangnya lima kali seminggu (20 minit setiap kali) serta mengurangkan makanan goreng dan berminyak.

Selain itu, pengambilan dua gelas Nestle Omega Plus setiap hari terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tahap kolesterol.

Ia mengandungi sterol tumbuhan yang dapat menghalang penyerapan kolesterol tidak baik ke dalam aliran darah dengan efektif, sekaligus mencegah kolesterol tinggi.

Sementara itu, pemeriksaan profil lipid dalam ‘Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0’ dijayakan menerusi kerjasama dengan BP Healthcare.

Sebagai perintis pemeriksaan kesihatan dengan rangkaian lebih 100 makmal serta 50 pusat diagnostik di seluruh negara, BP Healthcare membantu meningkatkan akses kepada ujian kolesterol darah yang bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang ingin memulakan langkah ke arah jantung lebih sihat.

Pakej percutian ke New Zealand bernilai RM20,000 menanti pemenang hadiah utama cabaran ini, manakala pemenang tempat kedua akan menerima pakej percutian ke Jepun bernilai RM10,000.

Selain itu, tiga pemenang bulanan masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1,250 yang berupa produk Nestle Omega Plus, pakej kesihatan IJN, analisis komposisi badan BP serta jam tangan kecergasan.

‘Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0’ bermula dari 1 April hingga 30 September 2019.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Nestle Omega Plus di www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

 

Foto: Nestle Malaysia, Dear Nestle, Jenny Hill & Gemma Evans (Unsplash)