Kedah terpaksa lepaskan air embangan bagi tanaman padi

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Kerajaan Negeri Kedah terpaksa lepaskan air daripada empangan untuk menampung keperluan sektor pertanian negeri akibat keadaan cuaca panas dan kering luar biasa kebelakangan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata keadaan luar bisasa ini sedikit membimbangkan jika ia berterusan tanpa hujan, lebih banyak air daripada semua empangan perlu dilepaskan.

Paras air empangan di Kedah turun kepada 60 peratus ekoran pelepasan air untuk bantu musim kedua tanaman padi.

Musim kering luar biasa ini akan memberi kesan kepada musim pertama tanaman padi tahun depan.