Kedai emas rugi hampir RM20,000 disamun guna tukul besi

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

LUMUT, 21 Dis — Sebuah kedai emas yang telah beroperasi hampir 60 tahun di Beruas telah dirompak dua lelaki bersenjatakan tukul besi dan mengalami kerugian hampir RM20,000, lapor Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua lelaki bertopi keledar telah memecahkan cermin kaca kedai emas dengan tukul besi dan melarikan diri dengan segenggam emas. Namun seorang wanita dan ibunya yang berada di kedai tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak polis masih meneliti rakaman litar tutup kedai dan kes telah dikategori sebagai samun berkawan tanpa senjata api, di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.