Keganasan di sekolah – sosial, keluarga dan psikologi kanak-kanak

Pendidikan Zalika Adam 01-Okt-2020
dreamstime_s_170342997
Keganasan di sekolah - sosial, keluarga dan psikologi kanak-kanak © Emeritha Sylvia Sooyon | Dreamstime.com

Artikel ‘Keganasan di sekolah – sosial, keluarga dan psikologi kanak-kanak’ ini membincangkan tentang fenomena keganasan sekolah yang merupakan salah satu fenomena kontemporari di persekitaran pendidikan kita. Ia mula tersebar di kalangan sesama pelajar dan di kalangan guru dan pelajar.

Fenomena ini telah mengambil pelbagai manifestasi, seperti kata-kata yang kurang sopan, pelanggaran tangan, kurangnya kawalan diri, buli melalui Internet, pertengkaran di kalangan pelajar, merosakkan harta benda, suka mencaci, mencela dan lain-lain. Keganasan di sekolah merupakan tingkah laku agresif yang menyebabkan kerosakan psikologi, fizikal atau material sesama pelajar, atau antara pelajar dan guru.

Keganasan sekolah telah menjadi alat yang melumpuhkan proses pendidikan dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kanak-kanak terhenti dalam pembelajaran. Hal ini mendorong institusi pemerintah untuk memeranginya dengan pelbagai kaedah rawatan.

Di sini, kami berusaha untuk mengetahui punca yang menyebabkan timbulnya fenomena ini dan menjadikannya lebih teruk.

Sebab Keluarga

Keluarga adalah tempat perlindungan dan pendidikan selama bertahun-tahun. Jadi, ia mempunyai peranan yang berpengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, ia menjadi penyebab terbesar dalam keganasan sekolah.

Keluarga boleh menyebabkan penyebaran fenomena ini melalui beberapa perkara penting, iaitu: Ketiadaan ibu bapa dan hilangnya jaminan sosial, tahap ekonomi yang rendah akibat pengangguran, mengakibatkan keperluan kewangan. Tiada rasa kekeluargaan yang disebabkan oleh perselisihan ahli keluarga atau perceraian. Ibu bapa melayan kanak-kanak dengan cara yang salah iaitu menggunakan cara kekerasan untuk menghukum dan mendisiplinkan mereka.

Kehidupan kanak-kanak ini berada dalam situasi yang tidak aman dan tempat yang tidak sesuai, tiada peluang untuk berkreatif dan memajukan diri. Ia juga berlaku disebabkan oleh tahap pendidikan dan pengetahuan keluarga yang rendah, ibu bapa juga membezakan antara kanak-kanak ketika berurusan. Tambahan pula, ciri-ciri peribadi kanak-kanak juga boleh merosakkan persekitarannya.

Sebab Sosial

Komuniti adalah perantara yang mengelilingi sekolah. Ia dipengaruhi oleh apa yang berlaku di dalamnya yang terdiri daripada peristiwa dan konflik. Terdapat beberapa faktor sosial yang mempengaruhi keganasan sekolah, termasuk: berlakunya keganasan dalam komuniti tanpa jaminan dan kestabilan. Seperti masyarakat yang terdedah kepada kebebasan, peperangan atau jenayah yang berleluasa.

Kurangnya keadilan sosial dan kesaksamaan dalam masyarakat, yang mengakibatkan individu merasakan keadaan penindasan dan ketidak adilan. Kadangkala keganasan adalah perkara yang normal dan biasa, tetapi budaya masyarakat yang menerapkan keadaan adat tradisi dan idea.

Selain daripada peminggiran dan tiadanya penghormatan terhadap hak asasi manusia atau menjaga keperluan, ia boleh menimbulkan bahaya kepada penduduk yang disifatkan sebagai satu keganasan. Kemiskinan, rasa kekecewaan dan kezaliman di kalangan manusia menyebabkan berlakunya keganasan dalam masyarakat ini.

Sebab Psikologi

Terdapat banyak faktor psikologi yang mempengaruhi jiwa kanak-kanak. Ia bertentangan dalam kehidupan dan dalam kelas, seperti: Adanya masa lapang yang besar untuk kanak-kanak, tetapi tiada masa untuk mengahabiskannya.

Berhadapan dengan trauma psikologi yang ganas, di mana kanak-kanak itu tiada tempat untuk mengadu bagi mengurangkan kesan yang dihadapinya. Kanak-kanak itu diancam, menyebabkan dia terpaksa mempertahankan dirinya bagi menolak penderitaan yang dialaminya. Tambahan pula, kanak-kanak ini tidak dapat menahan diri ketika berada dalam tekanan.

Manakala pada tahapa remaja, lahirnya perasaan yang bertentangan seperti suka dikenali dan menonjol. Ia berlaku terutamanya di tengah-tengah masyarakat yang dianggap sebagai ‘keganasan bentuk kelelakian’. Sebenarnya, kanak-kanak terkesan dalam kehidupan mereka dengan contoh ikutan. Sekiranya contoh ikutannya ke arah keganasan, maka mereka akan terkesan dengan amalan tersebut.

Tambahan pula, kekuarangan diri adalah berpunca dari keperluan psikologi, material dan perasaan kecewa serta putus asa. Namun, kebiasaannya kanak-kanak ini akan terbiasa dengan keganasan yang berpunca dari putus asa. Dia cuba untuk menghilangkan kepincangan yang berlaku yang boleh memberhentikannya daripada berdepan dengan matlamat psikologi, sosial dan ekonomi.

Seterusnya, kanak-kanak itu mungkin terdedah dengan kekerasan. Maka dia juga akan mengalami reaksi kekerasan dan dia mungkin telah meningkatkan sumber keganasan dengan kezaliman. Masalah keganasan di sekolah tidak dianggap mudah. Justeru, banyak kajian psikologi, pendidikan dan sosial kini sangat mementingkan pemahaman dan perlakuan mereka secara radikal.