Kejatuhan Khalifah Bani Abbasiyah: gambaran sejarah

Dunia Arab Hanita Hassan 04-Nov-2020
600px-Baghdad_150_to_300_AH
Kota Baghdad antara tahun 767 dan 912 © By William Muir Public Domain, Link

Pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah begitu kuat sehingga zamannya dikenang sebagai zaman keemasan Islam (775-861). Meskipun banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang diperkenalkan, namun akhirnya mereka tewas juga.

Kejatuhan ini terjadi adalah disebabkan pelbagai cabaran dalaman dan luaran yang telah melemahkan khalifah. Banyak usaha dan langkah pertahanan telah diambil untuk menghentikan kejatuhan khalifah Bani Abbasiyah, namun ia tetap berlaku disebabkan beberapa faktor dasar yang terlepas pandang.

Berikut adalah antara faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan Khalifah Bani Abbasiyah.

Sistem Pemerintahan

Bani Abbasiyah telah berjaya menggulingkan dinasti Umayyah dan akhirnya menyokong kaum Mawali (bukan keturunan Arab). Dalam masa yang sama, ibu kotanya juga telah dipindahkan ke Baghdad, Iraq moden. Hal ini menyebabkan kuasa berpindah ke tangan orang bukan keturunan Arab seperti Parsi.

Oleh kerana itu, sistem autokratik Arab telah digantikan kepada sistem birokratik. Faktor-faktor seperti ini secara tidak langsung  telah memberi hak pemerintahan di banyak wilayah empayar sekali gus menyebabkan kemerosotannya.

Kelemahan pimpinan politik

Empayar ini berkembang pesat dan menjadi salah sebuah kerajaan terbesar dari segi keluasan jajahan pemerintahannya. Ia tersebar di hampir tiga benua dunia.  Wilayah kekuasaan seluas itu, memerlukan kepimpinan politik yang kuat untuk mengekalkan kuasa khalifah.

Sudah tentu cabaran politik semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ditambah dengan sumber komunikasi terhad menyebabkan masyarakat mengalami pelbagai bentuk kezaliman. Peperangan dengan empayar lain juga telah menyebabkan berlakunya gerakan pemisah. Justeru, kelemahan pimpinan politik adalah salah satu penyebab utama kejatuhannya.

Isu Ideologi

Oleh kerana perbezaan pendapat politik dalaman dan luaran serta pelbagai isu lain, khalifah lain telah mula menonjolkan diri. Perbezaan ideologi adalah faktor utama  kejatuhan ini dan sangat mencabar khalifah Bani Abbasiyah.

Perkara ini juga menyebabkan khalifah berpecah belah dan menyerahkan hak pemerintahan di banyak wilayah. Ia terbukti punca utama kejatuhan tersebut.

Pengisytiharan kemerdekaan di pelbagai kawasan

Keadaan masyarakat ketika itu agak rumit kerana kerajaan begitu besar dan sukar ditangani tanpa kehendak dan sistem yang kuat. Peperangan merebak di banyak kawasan, dan kepemimpinan gagal menyelamatkan rakyat bawahan daripada berpecah-belah.

Gerakan pemisah yang dijalankan mendapat lebih banyak kuasa. Terdapat banyak kawasan yang telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Kawasan yang selebihnya pula berada di bawah pemerintahan empayar lain seperti Empayar Byzantin. Kemunculan dinasti baharu juga menyumbang kepada kemerosotan empayar Abbasiyah.

Kemunculan empayar baharu

Kewujudan banyak empayar baharu antara penyebab kepada kejatuhan khalifah Bani Abbasiyah. Salah satunya ialah Empayar Uthmaniyyah. Khalifah Uthmaniyyah telah mengambilalih pelbagai wilayah milik khalifah Abbasiyah.

Begitu juga dengan Empayar Fatimiyah yang menguasai sebahagian besar wilayah. Banyak wilayah lain seperti Afrika dan Asia Tengah yang mendapat kemerdekaan. Akibat pengecilan kuasa politik, perlahan-lahan dan secara beransur-ansur empayar ini akhirnya jatuh sepenuhnya.

Kesimpulannya, khalifah Bani Abbasiyah merupakan salah sebuah kerajaan khalifah terkuat dalam sejarah dunia Muslim. Namun, kerana kepemimpinan politik yang lemah, gerakan pemisah dan munculnya kerajaan baharu dengan perbezaan ideologi dalam kalangan umat Islam, akhirnya Empayar Khalifah Bani Abbasiyah jatuh.