Kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 perlu disambut rakyat – Tun Mahathir

Uncategorized Adea Ghafar 31-Dis-2019
Tahun Melawat Malaysia Malaysia 2020
Malaysia 2020 © Maksim Prasolenko | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sambutan Ambang Tahun Baru 2020 dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 di Dataran Merdeka mengumumkan kepada 80,000 pengunjung tentang Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan sasarannya, iaitu pencapaian sebagai negara maju yang sepatutnya dicapai pada tahun 2020.

Pelan baharu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini memerlukan kerjasama erat yang kuat antara rakyat dan kerajaan dalam melaksanakannya.

30 tahun lalu, Tun Dr Mahathir telah melancarkan Wawasan 2020 dan amat penting bagi Malaysia kini untuk mencapai taraf negara maju menerusi Kerajaan Pakatan Harapan.