Kek ‘Marble’ Untuk Acara Hujung Minggu

Kek ‘Marble’ memang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Resipi turun-temurun ini masih menjadi kegemaran ramai.

Hujung minggu ini jika anda mahu menjemput rakan-rakan ataupun ada ahli keluarga yang mahu bertandang, apa kata buat sendiri hidangan pembuka selera ini.

Ia enak juga dinikmati bersama secawan kopi. Kek ‘Marble,’ biarpun tidak sepopular Kek Pandan Gula Melaka, Red Velvet, Salted Caramel atau Mango Cheese, namun percayalah Kek ‘Marble’ punya rasa yang memikat selera.

Jom cuba buat sendiri!

 

Bahan-bahan

200 gm gula halus

250 gm margerin

1 sudu teh esen vanila

250 gm tepung naik sendiri

4 biji telur

3 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:-

1. Putar gula dan margerin sampai kembang.

2. Kemudian masukkan  esen vanilla.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati dan matikan suis.

4. Masukkan tepung dan kaup sahaja.

5. Masukkan tiga sudu besar susu segar dan kaup perlahan-lahan.

6. Bahagian kepada tiga bahagian (pilihan warna terpulang kepada anda).

7. Masukkan dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah.

8. Bakar sehingga masak (20 ke 30 minit).

 

Resipi dan foto : Enamarblecake – 018 9688178