Kekal Hidrat di Bulan Ramadan

Masalah dehidrasi sering terjadi setiap kali Ramadan tiba. Selain daripada kurang minum air kosong, pemilihan makanan yang kurang tepat juga merupakan salah satu sebab mengapa masalah dehidrasi berlaku.

Berikut cara atau langkah untuk pastikan anda kekal hidrat sepanjang bulan Ramadan ini :-

1) Minum air secukupnya.

Cara paling mudah untuk memastikan badan anda terhidrat bermula dari dalam. Air yang mencukupi baik untuk hati dan buah pinggang. Jadi pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air walaupun berpuasa. Ikuti panduan berikut :-

  1. Selepas azan Maghrib
  2. Selepas solat Maghrib
  3. Selepas makan
  4. Selepas solat Isyak
  5. Selepas solat Terawih
  6. Sebelum tidur
  7. Sebaik bangun sahur
  8. Selepas sahur

2) Makan lebih banyak buah-buahan & sayuran.

Kebanyakan buah-buahan mempunyai kandungan air yang tinggi serta mempunyai vitamin dan mineral yang anda dan kulit perlukan.  Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah tembikai, timun, salad hijau, strawberi dan betik.

3) Tambah avokado dalam diet

Memang tidak semua menggemari avokado. Tetapi buah ini memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Avokado mengandungi banyak lemak sihat yang akan membantu menghidrat kulit anda. Selain itu kajian juga mendapati avokado mampu menurunkan kadar kolesterol.

4) Elak makanan pedas

Makanan pedas memang menyelerakan. Bagaimanapun, bulan puasa ini cuba elakkan kerana ia menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

Kredit foto :  Israel Egío & Alex Block, Unsplash