Kelantan masih menantikan jawapan status MPKK

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri masih menantikan jawapan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, status Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Beliau berkata surat telah dihantarkan kepada kementerian berkenaan sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan pencerahan, namun tiada maklum balas diberikan sehingga kini.

Beliau juga kata tidak ada masalah dengan penubuhan MPKK Persekutuan sebab itu bidang kuasa kementerian, tetapi penjelasan status MPKK penting kepada mereka.

Mengulas lanjut katanya kerajaan negeri akan kembali mengguna pakai sistem lama jika MPKK dimansuhkan, kerana penghulu atau ketua kampung masih menerima elaun daripada kerajaan negeri.